Sponsor

Tuesday, August 23, 2005

Perjalanan Yang Memenatkan!

Seperti yg korang sedia maklum, last week aku balik kampung. Khamis tu singgah sekejab kat Besout coz aku nak mandi then sampai Bukit Merah pkul 12.30a.m. Esoknyer pkul 11.30a.m kluar dr rumah Lang, singgah kejab solat jumaat kat Padang Lembu. Masa nih aku mmg dah tersengguk2 coz smlm tido pkul 2a.m pastu anak aku plak terjaga pkul 5a.m nih gara2 anak Kak Dah kaco anak aku lah..dgn aku2 sekali x bleh nak tido sebab bising.

Sampai Pendang lbh kurang pkul 2p.m then rehat jab pkul 4, hubby ajak pi Alor Star. Pi berubat Akak. Alhamdulillah mmg byk perubahan dia. Semakin beransur sihat.Balik tu sempat plak singgah Pekan Pendang plak. Shopping sekejab, then hubby tapau mee rebus ngan pasembor. Mmg hidangan wajib setiap kali balik Kedah. Mlm tu masing2 dh x larat angkat mata, letih + ngantuk. Hana plak sib baik dia tak kaco aku yg dh tertido..sedar2 merengek nak tido jer.

Esoknyer pkul 11a.m kluar dr rumah, singgah jab kat Tanah Merah then terus ke Changlun. Ms sampai tu Abg Mat tgh ngadap Tok Kadhi. Aku ler yg plg lewat. Anak aku, seperti biasalah bila dia ada, suasana akan bertukar coz dia rajin menyembang. Target aku ari tu nak ambik pics Hana + Aleya coz nak tgk tang mana persamaan muka diorg. Semua dok kata "Umairah(nama glemer anak aku kt kg, sebab dulu2 ms baru lahir merah sgt) nih ikut muka anak Liya". Tp x berkesempatan lah plak.

Back to the wedding ceremony, lps nikah kt masjid kitaorg pi plak rumah pengantin pompuan. Majlisnyer simple jer. Pelamin pun biasa2 jer. Untuk makan beradab pun diorg sediakan utk pengantin + pengapit jer. So mkn jer lah kat khemah. Menu yg menarik kerabu mangga, Kak Chik saloma aku plak dok pulun makan gulai rebung. Dah nak abis mkn, Abg Yip plak antar makanan pengantin kat kitaorg. Dengan alasan takmo bagi family pengantin yg dok pulun..ekekekeke teruk sungguh! Selesai tu aku balik ke Pendang balik, singgah sat kat umah Abg Ipar. Best dok kat umah dia sebab dikelilingi sawah. Angin pun best. Anak aku plak dok leka main buai. Pandai plak dia pegang kiri ngan kanan. siap landing mcm kat tepi pantai. Pkul 6p.m kitaorg berangkat ke Bukit Merah balik.

Mlm tu, Kak Chik Saloma demam, gara2 byk mkn rebung. Pastu Anak Abg Lie plak jd sesak nafas, gara2 mkn pulut byk. Tgh mlm plak anak Baizura nangis jer, gara2 byk nyamuk. Eiii tak bleh tido plak. Esoknyer kenduri berjalan lancar. Sedara mara pun ramai dtg. Abis kenduri, kemas2 mana yg patut pkul 9.45p.m kitaorg balik ke Besout. Sampai sana pkul 1a.m. Sampai jer terus tido.

Penat...mmg penat! Penat travel. tiap2 hari bergerak. Tp best! sebab dpt berkumpul dgn sedara mara. Itu jer lah laporan aku, utk korang semua.

No comments: