Sponsor

Saturday, September 24, 2005

Family Day

Hari ni kat opis Abg ada family day. Event nih sebenornyer start pkul 8.00am tp mls nak pi awal2. Tunggu Hana bangun baru bersiap. Lps tu pi bekfes plak kat Kg Abu Bakar Baginda. Sib baik buat kat Uniten jer..sampai pun dah pkul 10 lbh, sempatlah Abg main satu game.Menang plak tu so dpt ler souvenier dr Kelab Sukan opis dia. Acara padang abis dlm pkul 12 lbh, actually diaorg ada sediakan lunch tp mls nak tunggu sebab perut kenyang lagi so ajak Abg pi Carrefour cari stok groceries. Skrg Hana dah pandai minta2 benda, semua yg dia berkenan mesti dia dok tunjuk tp mls nak layan. Lps abis beli brg, lbh kurang pkul 2 aku dpt call dr kg.

Nyah tepon bgtau Aa'r, sedara jauh merangkap sahabat baik dia ada kat Hospital Putrajaya. Nyah kata dia kena lelah dan skrg ada kat ICU. Nyah tak pasti Mak Njang dah tau atau blom pasal nih. So aku janji akan pi jenguk dia kat hospital ptg nih.

Balik umah, aku kemas apa yg patut sebab selalnuyer kalau ada something mcm nih, rumah aku akan ada tetamu. Kebetulan Hana tidur, keletihan agaknyer. Syukurlah aku dok di sini, sekurang2nyer dpt membantu apa yg patut. Tgh2 kemas rumah Pak Uda plak call. Dia nak bgtau psl Aa'r dan pesan srh ajak Mak Njang tido kat umah aku.

Pkul 4.30p.m baru aku sampai hospital. Bila sampai kat lobby ICU sayu plak hati aku. Depan pintu nampak seorg budak tgh koma. Actually aku tak kenal Mak Njang coz klu balik rumah Tok aku nih bukannyer berjln sangat. Sebenarnya bleh dikatakan satu kg tu ada pertalian persaudaraan sib baik ada Jan (kwn Nyah) so dia dok tunjuk kat aku tu sapa nih sapa. Ramai juga yg ada termasuklah org opis dia. Diorg bawak GL dan melawat Aa'r. Diaorg kata dia batuk teruk tp ptg khamis tu ms nak balik dia pengsan kat moto dan muka dah biru. Diorg bawak pi Klinik kat Salak Tinggi. Klinik bagi gas utk sedut tp takde perubahan so terus antar ke Putrajaya. Masa nih aku dok perati muka Mak Njang. Hati aku berkata "tabahnyer Mak Njang, aku tak nampak pun bayang2 kerisauan di muka dia, yang dia dok kata Mak Njang redha ngan apa yg berlaku"

Bila semua dah abis jenguk, aku plak masuk. masuk sorg2 coz tak bleh bawak budak2. Sepjg tu aku tgk beberapa pesakit lain termasuklah budak 4 thn yg kena langgar lari. Sedihnyer. Bila sampai di bilik no.13, aku terpaku. Nampak wayar berselirat di seluruh tubuh Aa'r. Dia nih keloloh orangnnyer dan ramah. Aku x tau nak buat apa. Cuma aku bgtau dia kuatkan semangat dan cepat sembuh. Selebihnya aku sedekahkan al-fatihah moga diringankan kesakitan dia. Mak Njang kata tekanan darah dia terlalu rendah dan jantung dia agak lemah. Keadaan dia 50:50.

Lps aku kluar Abg plak pi jenguk, time nih baru Pak Uda sampai. Bila semua dah tgk aku minta izin utk balik dan tak lupa utk ajak Mak Njang tido di rumah tp dia takmo coz dlm keadaan A'ar yg blom stabil nih, biarlah dia dok dlm kawasan hospital jer. Kebetulan dia dah dpt pas pelawat dan dpt kebenaran utk tido di asrama hospital.

Malam plak, sambung balik acara family day opis Abg. Ada dinner kat Dewan Puspanita. Hana..hhmmmm buat perangai dia la..pusing sana sini, berlari, pi kacau org. Sib baik dpt cabutan bertuah, berbaloi lah jugak..dpt ler rice cooker. Acara persembahan dia mmg ok, makanan jer standard kenduri kawen. Pkul 11 Hana dah start merengek so bawak dia pi surau dan alhamdulillah senang plak dia tido then terus ajak Abg balik.

No comments: