Sponsor

Friday, September 09, 2005

Histeria!

Baru lps tgk kes histeria kat Brunei, mmg seram seingat aku dah 2 kali aku tgk yg depan mata. Satu masa kat Idrisiah time tu aku form 2, student form 1 yg kena, seingat aku budak tu nama Linda. Dia nih mmg time ok jenis mata klu menjeling ya allah mmg nakudz giler..tajam semacam. So one day tu diorg ada main netball kat kaw padang istana iskandariah. Balik dah nak senja, bila time maghrib, dengar jer azan dia bleh lari dr musolla then lombat tangga dlm asrama Mariah (40 anak tangga) then kluar dr pintu asrama dia lombat plak tangga tanah yg besar2 gedabak tu dlm 10 anak tangga. Then lari bertempiaran dengan menjerit dok kata "nak balik rumah nenek, nak balik rumah nenek"!. Time tu aku dok Asrama Puteri so dok intai kot tingkap musolla kami jer lah. Nampaklah ustazah Noni dok kejar dia then ustaz2 semua tolong kejar sama. Kitaorg nih x dibenarkan turun coz menda nih mmg mudah berjangkit especially kat org yg lemah semangat. Alhamdulillah lps bertarung dlm 30 mins dia ok balik. Tp lps tu semua org takut nak tgk dia...

Kali kedua masa aku kat UMS, ms 2nd (lorrr dua jg br prasan) year. Time tu aku dok kat Tmn Kingfisher. Sebelum maghrib Kak Lang terjerit2 panggil kitaorg katanya Kak Ros jd 'something wrong'..then bila pi, aku tgk dia dok menari ala2 tarian kaum kadazan...pastu takmo dok dlm bilik atau kat ruang tamu. Dia suka dok dlm toilet. Dok kat atas toilet bowl tu, nak duduk pun ada cara dia. Then, bila azan jer dia menjerit, Kak Ros nih XXL sikit orgnyer so org2 mcm aku ngan Kak Lang nih consider mcm lidi jer lah bagi dia but kitaorg ramai2 seploh org semua pegang dia bagi dia baring then aku nih pandai plak pi picit jari kaki dia sambil baca ayat kursi then x psl2 kena penendang maut...ekekekee sib baik ada org lain pegang sama klu tak kompem dia lanyak aku. Disebabkan kalut semacam geng2 siswa pun dah mai tolong. Time nih yg aku ingat Abg Ferlis tolong baca ayat2 manzil. Bila anak buah Datuk Haron Din dtg baru settle tu pun makhluk tu minta sediakan botol then lepaskan dia kat Sg Inanam.

Selalunyer benda nih suka menumpang badan org yg tgh uzur dan hepi sesgt. Aku dulu pun pernah alami perkara yg hampir sama tp bukan dia menumpang aku tp aku terjatuh dia tempat dia. Time tu aku form 1, waktu gotong royong Hennie ngan aku dok main2 sambil cuci kolah, alih2 dia tertolak aku dan aku terjelepuk jatuh. Pastu tetiber jer aku jd sesak nafas. Semenjak hr tu aku mudah sgt pengsan. Sebenarnya aku x pernah jd mcm nih, tak pernah ada athma atau apa2 sakit. Aku boleh tau aku akan pengsan coz mula2 aku akan jadi sejuk seluruh badan pastu kompem aku akan sesak nafas then pengsan. Pernah jg pengsan waktu kelas, masa tu satu kelas x dpt jawab soklan math, so Cikgu Salleh denda kitaorg lari satu bangunan, lps sampai kelas aku pengsan. Dah cikgu naik pucat tp Ustazah Aminah ckp aku mmg tgh tak 'sihat' dia dah tau apa yg jd kat aku. So dia suruh aku blk kg utk berubat. Sebenarnya time aku pengsan selalunyer aku akan nampak bayangan seseorg tp tanpa wajah. Byk tmpt jugak aku berubat sampailah jumpa sorg pakcik yg bgtau, sebenarnya aku jatuh di tempat Permaisuri Mariah bunuh dayangnyer dan yg aku nampak selama ini adalah dia. Pakcik tu kata aku bertuah coz Permaisuri takmo aku tgk muka dia coz sebenarnya muka dia cantik sebelah dan hodoh sebelah. So ubatnyer aku kena mandi air lebihan org ambil air sembahyang, hari jumaat di kolah masjid Ubudiah. Alhamdulillah aku kembali sihat sampai hr ni.

Kdg bila ingat mcm cerita rekaan jer tp itulah yg pernah aku lalui. k lah stop psl kisah mistik. Ari ni last day Aznil keje sini so kitaorg ada buat mkn2. Bila buat mkn2 mmg aku rindu kat kak roni coz dialah pembakar selera kami semua. Aku baru tau Insyirah x sihat. Semoga dia lekas sembuh hendaknya.Amin!

No comments: