Sponsor

Friday, October 07, 2005

Lelaki vs Perempuan

Semacam jer tajuk hari ni. nih gara-gara baru lepas bertekak ngan member sekolah dulu pasal anak. Anak sulung dia lelaki dan anak sulung aku plak pompuan. Dia dok bangga sebab katanya anak lelaki nih lebih baik. Bagi aku anak lelaki atau perempuan sama jer. Yang penting didikan kita terhadap anak kita coz diorg nih mcm kain putih dan ibubapa yg menentukan corak kehidupan diorg. Mmg anak lelaki menasabkan keturunan tapi jangan lupa anak perempuan jugak perlu utk memberikan keturunan. So tak yah lah nak kluarkan dalil-dalil aqli yg aku tak bleh nak terima. Yang penting anak. lelaki perempuan tu jantina dan setiap anugerahNya tu ada hikmahNya. Yang penting diorg sihat. Yang harus kita fikirkan bagaimana nak mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah dan jadi insan yang kamil. Coz bila kita dah tiada di dunia ini doa dari merekalah salah satu yg boleh sampai kepada kita selain dari amalan dan sedekah kita.

K lah stop pasal tu. Smlm Kak Ani tanya aku pasal tanda-tanda tempat waqaf dlm Al-Quran. Aku pun bukannya ingat sgt so meh aku share skit ngan korang pasal perkara nih

Berikut ini tanda-tanda tempat waqaf beserta maksud praktisnya; perhatikan bahawa pada suatu cetakan Al-Qur’an belum tentu semua tanda-tanda itu ditemui.

huruf mim dan qof (huruf qof dan huruf fa => bersambung) : sangat baik waqaf
huruf t'ho dan khulli (huruf qof, lam dan ya tanpa titik => bersambung) : lebih baik waqaf
tanda titik 3 bentuk tiga segi : hadir sepasang, waqaf pada salah satu
huruf jim : boleh waqaf atau washal
huruf qof : ada sebagian kecil ulama yang membolehkan waqaf
huruf lam alif : tidak baik waqaf
huruf zain, shod dan solli (huruf shod, lam dan ya tanpa titik : lebih baik washal

klu tak paham YM ekekekeke washal tu maksudnya sambung. Contohnyer ayat yg femes fankihu ma toba lakum minannisa masna wa sulasa wa ruba' fain hiftum korang stop pastu bila nak baca balik baca dari fain hiftum ta'dilu fawahidah (sekadar contoh). Ayat glemer time sekolah dulu. Siulan budak2 lelaki maklumlah perihal poligami tapi diorg lupa kat ayat last...:P teringat plak kat Fadhil (member form six) klu bab poligami amboi bersemangat waja dia memberi hujah. Pastu lawan plak ngan Atie yg mmg anti poligami...apa2 pun aku lbh rindukan zaman ramadhan di idrisiah dgn tadarus, solat sunat, tarawikh,qiamulail, usrah,mathurat dan semuanya.

Terima kasih pada emak dan abah yg hantar aku ke Idrisiah . SMKA maybe sebab dok 2 thn jer so kurang skit kenangan yg ada.

No comments: