Sponsor

Friday, October 28, 2005

Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin

Hari ni insya allah hari terakhir aku bersahur dan berbuka puasa utk thn ni kat umah coz mlm ni lps isyak terus nak balik Besout..bestnya dpt makan masakan ibu terchenta. Pagi tadi nyaris nak terbabas sahur. musti aku off alarm. sib baik hubby aku sakit perut. Dan paling bernasib baik hmm aku dah masak siap mlm tadi. Nasi pun dah masak so bgn tadi just perangat nasi. Lauk dah tak sempat.

Utk berbuka ni pun aku akan beli jer coz kang lambat plak bertolak dari rumah. Kesian kat mak ngan abah yg kompem akan tunggu sampai aku sampai. Esok bleh bgn lambat ekekekeke itu la yg plg aku suka coz ada yg nak jaga anak aku. urusan packing bag dah settle cuma bahan2 iringan tu jer blom abis susun.

Agenda utk esok pun dah ada. Ibu ada function kat Slim ngan anak yatim dan ibu tunggal so kitaorg kena pi ambik dia time balik. Lps tu kompem singgah pi shopping bahan2 utk buat kuih raya plak. Adik2 aku Nyah ngan Alang balik hari Ahad so raya tahun ni mmg meriah coz semua dapat berkumpul. Yo lah thn lepas turn balik Kedah. Bila aku balik Perak plak Nyah dah balik ke tempat kerja.

Insya Allah raya ke-4 kitaorg akan balik ke umah Tok. Destinasi utama tentulah umah Mak Njang. Tapi kat kg tu biasalah satu kg ada pertalian darah cuma bezanya sedara dekat atau sedara jauh jer. Ingat thn ni nak bawak hubby pi beraya rumah Ngah. Rasanya itu satu2nya umah mak sedara blah ibu yg dia tak pernah pi. Klu kat negeri Perak ler..

Malam raya ke-5 plak insya allah akan berada di kedah plak. Raya sakan tahun nih. Oklah sempena hari last seblom aku bercuti raya so aku minta maaf banyak2. Halalkan makan minum dan kalau ada terguris rasa pun maafkanlah. Semoga kita semua berbahagia dia hari yg mulia ini dan mendapat berkat dariNya. Amin!

No comments: