Sponsor

Friday, November 11, 2005

Meriahnyer Raya!

Tahun ni raya yg paling meriah bagi aku coz semua tmpt aku pi klu nak compare ngan raya thn lps mmg jauh beza umpama langit dan bumi. Raya pertama kat Besout. Subuh2 raya baru baju melayu Abang and the gang (hubby & adik) siap. Mlm tu Ibu tido 2 jam jer kot. Nyah pun subuh2 buta Ibu kerah suruh iron. Aku plak biasalah keletihan dok buat kuih raya + jaga anak. Hubby aku pun kena kerahan tenaga tahun nih...ekekekeke sib baik dia bakar anyam ketupat. Klu tak kompem makan nasi himpit jer la..

Raya pertama ikut plan asal aku nak pi umah Eycha ngan kwn hubby tp keletihan plak. Hubby abis baraan pun dah tgh hari. Lps zohor satu family pi umah Pak Teh ngan umah Pak Su. Umah Pak Su tu sebab aku tau musti ada laksa. Baru dua rumah dah letih so lepas asar baru pi Trolak plak. Kat Trolak plak ms pi umah Kak Chaq, anak aku bukan main seronok lagi coz umah Kak Chaq ada kucing. Ketawa sungguh2. Kebetulan kucing tu pandai main. Bila dpt bola, kucing tu berguling2 depan dia. Dia punya gelak sampai aku naik risau kalau dia mengigau plak mlm nanti. Itu sebabnya aku rs raya tahun ni meriah maybe sebab anak aku dah cerdik. Dah pandai nak berkawan, dah pandai bersalam dan pandai collect duit raya ekekekeke.

Raya kedua plak dah tgh hari baru kluar dari umah. Singgah plak kat simpang pulai utk lunch. Mak dah msk nasi siap kat umah so kitaorg berkelah kat hentian rehat. Masing2 pakat lajak makan. maklumlah ada ikan pekasam, rendang ayam, rendang kerang dan plg sedap kerabu ulam raja. Ibu ajak singgah Kamunting dulu, nak beli tiket bas utk Alang. Esok dia dah kena keje tp gatai jg nak ikut balik kg. Sib baik ada. Lps tu Ibu ajak singgah Parit Buntar plak dia nak shopping alat2 jahitan. berbondong2 benang dia beli. Benang jahit tepi ada, benang sulam ada wedding gift utk anak jiran aku yg nak kawen thn depan pun dia dah beli siap2. Sebab banyak singgah dah tak jadi pi umah Pak Ndak. Alasannya 24hb Dis nih Pak ndak nak kenduri so kita bleh dtg time tu. So terus pi umah Ngah. Time nih best tgk muka ngan gelagat hubby aku coz dia tak pernah lalu jalan tepi sawah yg betul2 kecik dan muat2 utk satu kereta so bila ada kenderaan dr arah bertentangan berselisih musti ada bunyi eih...eih...alamak. Kecut perut tgk tali air dekat sgt kot. Ingatkan dia sorg jer rupanya Nyah pun kecut perut jugak. Kat umah Ngah sempatla kitaorg mkn nasi. Mkn malam terus. lps pi umah Ngah terus Abah ajak balik umah Tok. Sampai sana pukul 9 lbh. Ramai jugak yg ada. Rupanya thn ni family blah abah ramai dpt cucu. Berceretek jer baby2 nih. Time nih nampak la Hana dok mencari geng.

Raya ketiga start jelajah dlm kg plak. destinasi pertama umah Mak Njang. Sebak plak bila jumpa Mak Njang. Bila dok bercerita psl arwah masing2 pakat bergenang air mata. Lps tu pi umah Pak Njang Non plak. Kali nih pi tuan umah takde, depa pi umah Tok. Elok la tu depa cari kita, kita cari depa. sib baik Tok Long ada so raya jer ngan Tok Long. pastu pi umah Cik plak. time nih anak aku dok sronok makan maruku. Yang lembut dia takmo. Pi plak umah Pah(opah). Pah takde la plak. Cik Puziah ngan anak2 jer ada. Last skali pi umah mak Lynn, Mak Njang jugak. Dapat makan laksa..sedapnyer rasa. Anak aku pun dpt mkn bubur. Sebab depa baru lps masak utk anak2 depa. Ingatkan lps Asar nak terus pi umah Tam tapi lewat juga coz Pak Lon terbawak kunci kereta hubby. Sabo jer la. Dekat pkul 6 baru Pak Lon balik so terus pi umah Tam. Rupanyer Kak Nora baru bersalin. Baby Boy. Lps maghrib kitaorg pi umah Lang plak. Aku mmg plan nak tido umah Lang. Ibu jer berbelah bagi nak tido atau terus balik Besout. Last2 diorg pun tido jugak kat umah Lang.

Raya ke4 aku balik Kedah plak. Ptg tu pi beraya umah Abang Zali. Nampak ler plak buah pelam. Apa lagi minta ler hubby pi kait. Kebetulan abah suruh cari buah beka. Buah beka plak dah tua so ambik jer anak pokok pastu nanti suruh abah tanam jer. Mak mertua aku plak dok suruh Kak Wan kutip pucuk beka. Suruh bagi aku makan. Dia tau aku suka makan ulam yg pahit2 lemak nih. Mmg sedap. Rasanya lebih kurang rasa pucuk betik.

Raya ke5 plak pi settlekan urusan kwsp ngan pertukaran alamat Kak Fizah. Aku tumpang sekaki utk buat penamaan kwsp. Ptg tu plak dok beraya kat umah sedara mara hubby. Raya ke6 plak dok pusing dlm kaw Kg Baru. Umah jiran2 plak. Ptg tu shopping kat Pendang. Maklumla esok dah nak balik. Raya ke7 tu plak seblom balik singgah sekali lagi ke pekan Pendang beli kereta tolak utk anak aku. Ikutkan dia, dia minta basikal bmx. Maca kaki dia sampai nak gayuh2. Pastu singgah umah kwn ibu, Makcik Rosnah takde lah plak. So terus pi Gurun plak. Pi singgah umah Pak Long Mail(sedara aku) then terus balik Besout. Pkul 4p.m baru sampai. Mkn nasi, rehat per semua pkul 9 jalan balik. Pkul 11.15 baru sampai Putrajaya. Mmg raya sakan. Hmm pjg plak n3 aku kalu nih...K lah sekian jer crita raya dr aku di tahun 1426 Hijriah nih.

No comments: