Sponsor

Monday, November 14, 2005

Misi memburu Cik T.

Semenjak bulan puasa yg lepas, umah aku dihuni oleh pendatang tanpa izin yg akan ku gelarkan sebagai Cik T. Nih gara2 Alang la..suka buka pintu dapur pastu tak tutup balik sepjg malam. Kehadiran Cik T nih start aku sedari bila satu mlm tu time tgh tido, aku ngan hubby terjaga coz terdengar bunyi cakaran ala-ala seram kat tv cabinet. Lps diselidik rupa2nya Cik T dah buat penginapan dia kat situ.

Lps cuti raya, malam aku sampai kat sini perkara pertama yg berlaku bila aku buka pintu...hmmm aroma hancingnyer...then bila sampai kat pintu bilik terperanjat ala monkey plak bila tgk berterabur sisa serbuk kayu dari pintu bilik air. Then hubby plak dok tanya serpihan apa atas meja tulis tu...rupanya Cik T juga dok ukir balang kuih raya aku...sib baik kat part luaran jer. Esoknyer baru aku prasan semua balang makanan termasuk yg jenis tupperware semua ada ukiran tak diundang. Dalam hati sabo jer lah..maklumlah Ibu kata jgn marah Cik T dia pandai ngamuk. Marah2 kang dia gerik(gigit) baju. So next day tu terus hubby pi cari racun. Weekend lps plak kitaorg buat gotong royong bersih rumah. Tgh aku dok masak sup ayam utk Hana, Hubby panggil. Dia kata nak tunjuk something. Rupanya kat tmpt penginapan Cik T. Kat bawah tv cabinet tu, macam2 ada! Cekak rambut Hana, ikan bilis goreng Hana..siap dgn bekasnya dia bawak dan plg kelakar puting merah Hana yg aku dok cari2 sekian lama pon ada kat bawah tu rupanya.

Alhamdulillah acara membersih dan mengemas dah seleai cuma kejayaan mengeluarkan Cik T tu tak tau la berkesan ke tak. Setakat smlm rasanya dia masih ada di bilik stor. Sebabnya kat situ hubby tak letak racun. Nak letak sembarangan racun ni pun risau jugak maklumlah anak aku tu rajin mengutip. Dah ler pink kaler..mmg mcm biskut. Ni la part yg tak best klu umah kita kat area bawah skali. Kat luar pintu dapur tu mmg kaw yg lembab dan redup so mmg sesuai utk dia membiak. Seblom nih mmg slalu dia main ba ba cak kat dapur luar jer...hmmm tak sangka ko berminat nak dok sekali plak. Maaflah dunia kita berbeza...ekekekekeke...

lps dok mengemas rumah tu, ada plak budak2 dok ketuk pintu. Nak dtg beraya. Balang2 semua baru basuh so hidang jer la dlm pinggan. Kuih raya aku nan sedikit tu diorg makan dgn penuh berselera. Seronok plak aku tgk. Cornflakes madu hmm...itu awal2 dah habis stock. Hana suka makan. Sekali dia angkut sampai penuh kiri kanan. Achik ngan Achu pon belasah makan sampai siap tertidur. Nampak gayanyer lps nih klu buat kena buat lebih dari sekotak ler...lepas sembang serba sedikit budak2 tu pon balik. Siap kata tak pernah dpt lg sampul raya fesyen nih...

Itu jer lah yg dpt aku laporkan utk weekend kali nih.sekian!

No comments: