Sponsor

Friday, December 16, 2005

Madrasati Jamilati!


Tengah dok mengusha blog-blog yg ada, tiber2 jer mata aku x berkedip kat satu pics yg ada dlm fotopages Makcik San nih...hmm jab2 aku paste.

Nih la sekolah terchenta aku. Kesayangan aku w/pun dah lama x menjenguk. Madrasah Idrisiah. kat mana??? ala dekat Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Rindunya zmn di Idrisiah..zmn kegemilangan aku dan kwn2 rasanya. Ukhhuwah fillah yg terbentuk sentiasa mekar di hati masing2. Dulu time aku form one masih blom ada building2 yg baru tu...plg unik tentulah rumah bulat. Design lain dari yang lain. Actually sekolah nih wakaf dari Sultan Perak. Asrama kami pun bekas istana. Rasanya aku pernah cerita kat part mistik. Time tu mudirnya Arwah Ustaz Musa. Skrg anak dia plak Akhi El. Lupa la nama penuh dia. Apa yg istimewa? Kat sini relationship antara senior n junior mmg best tak mcm time aku di SMKA. Bleh kenal semua org..maybe sebab x ramai kot. Sekolah nampak mcm tak grand tapi sebenarnya susah oo nak masuk sini. Ada exam. Aku sebenarnya failed exam tu tp buat rayuan..wakakakaka tu psl aku masuk kelas last...aku dulu time sek rendah mana pernah pi sekolah agama..so tulisan jawi ngam2 jer la..psl bab2 agama pun ngam2 jugak la...aku rasa lg susah dr exam nak masuk semai bakti.

Plg aku ingat time orientasi...44 hari x bleh jumpa family. Tak bleh tepon, tak bleh tulis surat...nangis woooo sob...sob...dah la ni pes time dok jauh dr emak.Pastu lauk plak tak best(time nih aku x suka mkn ikan) harap mkn sayur ngan kuah jer..time tertentu jer dpt mkn ayam ngan daging. Ikan utk aku, awal2 dah member cop..sokmo bising diorg nih berebut nak ikan aku...eiii x malu betui la korang nih. Tapi sebenarnya aku ngelat...Abah ada dtg jumpa aku ms hari ke 20 ++. Kak Ya(sepupu aku nih prefect form 4) yg tolong...jumpa pun kat kaw sidai kain...masih dibatasi pagar..Abah siap bagi aku sekotak besar maggi. Bestnya dpt jumpa Abah time tu!

Di sini program2 sepjg ramadhan mmg meriah. Kdg2 org istana sponsor makanan utk berbuka. Di sini juga la aku berpeluang jumpa face to face dgn the most handsome prince kat Malaysia nih..sapa lg klu bukan YM Raja Muda Perak,Dr Nazrin Shah. setakat tanya khabar jer la pun. Aku jg berpeluang tgk majlis keraian sempena majlis perkahwinan Raja Ashmal ngan Noraini Jane.

Plg aku x suka bila ustazah check bacaan hafazan. Setiap form kena hafal surah2 tertentu. mmg aku nih lembab byk klu bab hafalan nih...Time usrah plak secara automatik r/ship kitaorg ngan naqibah(dr kalangan cikgu2) jadi rapat. Hmm rindunya kat kwn2...Al-fatihah jg buat 2 org classmate aku yg dah kembali kepadaNya...Arwah Ehya Faiz Dan Arwah Nasrul Hadi. Al-Fatihah!

Kwn2 aku rasanya ramai yg join profesion perundangan(peguam2 belaka). Ramai graduate dr UIA. Ada la juga beberapa org yg graduate dr Universiti Al-Azhar. Aku?? terkeluar bidang dah...bahasa arab yg aku belajar 7 thn pun rsnya dah tahap zero...tak la mcm Mr Sani yg dah jadi ustaz ngajo bahasa arab tuh, kompem lughatul arabiah dia sama power ngan Arwah Ustaz Rahman. Klu berkesempatan rsnya nak jer ajak member2 aku nih buat lawatan pi idrisiah balik. Mengimbau kenangan bersama. sesambil tu bleh jumpa 3-4 org senior yg dah jadi tenaga pengajar kat sana...Idrisiah di hati selamanya!

K lah sambung keje balik...kang kantoi plak...adiosss!!

No comments: