Sponsor

Monday, March 13, 2006

Jom Jalan2 Versi PD

For the 1st time..aku, hubby n Hana pi vacation. Ekceli x pernah pi honeymoon pun. atas sebab2 tertentu plan kitaorg terpaksa dibatalkan dan ini la honeymoon kitaorg kot...tapi berTIGA. Ok aper sebabnya xtvt lagi byk.Actually idea nak dok hotel nih bleh jadi sebab Jiha kawen. Sesajer nak tido n mkn berbayar plak. Then dpt plak call dr makcik kata Atam nak bertunang. Terkejut tenuk la jugak sebab Atam tu baru lps exam SPM. Result baru nak kluar hr ni. So klu ada majlis kompem umah makcik x muat so better gak kitaorg tido hotel. Seminggu lagi nak pegi aku n hubby cadang nak ambik cuti hr senin so kitaorg tido lagi semalam kat sana then dpt call plak dr makcik, dia kata tak jadi nak bertunang coz nak tgk result Atam mcm mana...sabo jer la.

Sabtu...

Cadangnya nak kluar umah pkul 12 tp hubby tu, leka plak tgk hindi movie...eiii mamat hindustan sungguh. Slps sessi menjeling n kutuk2 skit pkul 1.30 baru gerak. Dah bgtau dia check in pkul 2 pastu terus nak pi umah Jiha tp disebabkan hal hindi tu dekat pkul 3 baru sampai. Lps check in siap bersantai plak dlm bilik. Sib baik dpt bilik yg strategik..view laut. Then hubby switch on tv..alamak crita hindi tadi ada lagi....ampehs tul...dah dia kata nak tunggu sampai abis...elokla aku bleh mandi n solat dulu. Pkul 4 baru pi kenduri (eeeiii ada jugak pi kenduri time org dah runtuh khemah...sib baik dh habaq awai2 kat Jiha). Lps tu singgah the store plak. Hubby nak basuh kereta. Suka sungguh basuh kereta kat situ. sesambil tu sempat la beli apa yg patut utk bekalan kat hotel. Bila dah balik hotel dr bilik tu nampak la kereta byk berenti kat tepi jln pastu kata kat hubby " lorrr..pasar mlm kat blakang ni jer ke? Hubby jawab...hek elleh baru sedar? tau tak sekangkang kera jer ngan umah makcik...wakakakakaka...

Ptg tu sempat la bawak hana swim sekejab. Pool dia kecik bebenor tak sebest kat BTIS. Kebetulan ada team dr bank pertanian pahang plak. Tapi sebab dah turun selamba kodok jer la mencelah. Hana pun suka bebenor la coz ramai geng. Malam tu pi pusing kat teluk kemang. Ada muzik rakyat setiap sabtu pertama n ketiga. Hana leka ngan gelungsur jer. Tak menarik sgt pun so terus pi dinner kat restoren tomyam nasreen. Dlm hati dok kata jgn la terserempak makcik...wakakaka

Ahad.....
Mlm td Hana merengek skit...letih kot. B'fast kat cafe kat bwh then relax2 jab t'hari skit hubby ajak pi umah makcik. Rupanya smlm makcik pi melaka. Chaq ngan Ngah tido umah makcik. Smlm bawak diorg jln2 ke melaka. Sampai jer makcik dah kerah suruh aku buat ayam masak merah. Rupanya kwn2 Atam nak dtg. Nih semua gara2 x jadi engage la. Ramai yg dah buat plan ke PD. T'hari tu kitaorg panggang ikan terubuk berkelah bawah pokok balakang umah makcik. Ekceli umah makcik nih dah mmg dekat ngan pantai. Diorg dok Tmn Si Rusa. Dekat2 kem tentera tu hah. Ptg skit adik ipar makcik sampai siap promote sureco. Dah redup skit hubby ajak pi laut plak. Kali ni takmo pi teluk kemang nk pi pantai lain plak..pantai cermin ker? eihh bukan sebelah pantai cermin..pantai apa erk? pantai biru ka? Yang pasti lautnyer jauh ke depan...Jenuh aku jalan kaki. Maleh nak mandi so paksa rela hubby temankan Hana mandi. Suka bebenor dia bila kena tolak ngan ombak.Siap buat2 jatuh plak. Dekat nak mahgrib baru balik umah makcik antar ijan. Seblom balik hotel pakcik dah suruh makan dulu so kompem lps ni kitaorg tergolek kekenyangan..

Isnin....
Kali ni awai pi b'fast. Tinggal kitaorg jer guest yg ada. Lps mkn pi berendam. Ini kolam kami yg punya hahahaha....pkul 10 naik kemas apa yg patut. Pkul 11.30 check out. Hubby tanya nak ke mana lagi. dengan beriya nyer aku ajak ke JJ Seremban. Hmm...x best pun. Tak byk brg klu nak compare ngan JJ kat KL ni lah...tp ok lah. Pi mkn kat food stall dia, alamak x sedap langsung sizzling yg aku order. Hana plak dah abis satu meja dia taburkan nasi ayam. dia dah ngantuk sebenarnya. Then balik terus la ke Putrajaya... Pkul 4 tiga2 beranak pengsan...penat weiii.

tu la story mori our 1st vacation. Hubby kata bleh jadikan annual xtvt......best2...adiossss!

No comments: