Ada awek nak berkenalan? kontek ibu erk...Sponsor
Monday, June 30, 2008
Adik Interprem!
Ada awek nak berkenalan? kontek ibu erk...Thursday, June 26, 2008
Training
1st day mmg sgt boring...lunch break aku cari surau plak..
Ha...next clue...kena tolak pintu nih...rupanya surau kat blkg nih...cuba la buat signage...kan senang org nak cari...sabo jer la..sib baik surau dia ok..
Pastu day 2...yg nih ok la skit..ada belajo skit bab analyst...time nih teringat plak kelas Mr Thiru..subjeck statistic...rindunya nak buat SPSS...opss lupa plak..bab makan kat penting...menu tea break dia mmg best2 n sedap..lunch time 1st day x best langsung...cam ala2 kenduri..kat sini mkn serving style..idak ler buffet...so 1st day tu menunya nasi putih, kari ayam, daging msk hitam kot, sayur taugeh, sambal tauhu n terung...dessertnya rojak buah...ekekekekke..x menarik langsung....2nd day baru best skit..menu2nya spt di atas.
Wednesday, June 25, 2008
J.Co
Sampai jer rumah terus snap gambo...hubby kata' seme la nak ambik gambo' opss..terkantoi sudah url blog aku nih...hubby dah tau! Dolu2 dia heran gak apsal aku ambik gambo itu ini tp takde pun dlm fp......:P jgn mare aaaaaaa! Luv abang..muachhhsss...
Hana pun suka la makan, dia kan mmg peminat 'kuih mami' nih..dia suka yg ada almond tu hah...kutip kacang(dia panggey kacang) jer plak tu...sabo jer..kalo aku plak, suka yg oreo..huh mmg lembut n kalah la dunkin donut..
So hari kedua, beli lg..Hana dah pesan suruh beli kacang byk2..n nak donut pink...so komen aku seme la sedap..cuma kalo beli jenis crown tu..teksturnya agak liat berbanding yg biasa..rege utk half dozen nih RM11.50. Ngape Hana panggey 'kuih mami' sebab time puasa lepas..jiran seblah umah aku nih berniaga...dia ada jual donut nih..so tiap2 hari la dia suruh beli 'kuih mami' n nih pun kdg2 kalo mami ada buat, dia akan bw balik skit utk Hana.
Psl Pavilion..aku x sempat pun nak ukur bangunan...sebab nampak sgt high class n tujuan aku pun cuma nak cari donut..pastu lunch time pun bukannya lama...tgk butik2 handbag kat ground floor marriot pun aku dah gerun...takat tgk jer la..nak usha rege pun aku takut..LV, fendi, jam apa2 yg aku x pernah tau nama pun ada...jakun sungguh...tu blom art gallerynya...sebab aku buta seni kot...aku tgk lukisannya biasa jer pun...tp rege amboi...x menahan...baik beli kat ikea...opsss mcm la pernah sampai dah ke ikea....rumah blom cun la..x semangat nak menghias lg...takut jd caca marba....
Friday, June 20, 2008
Career
Pg td aku ada sessi 'dating' ngan big boss tapi idak ler berdua..berlima...ala2 sessi luah perasaan gitu...dalam byk kata2 big boss, aku tertarik ngan saranan dia..supaya aku fokus pada satu bidang...ye lah aku nih multi tasking tp ala2 watak sampingan gitu...
Mana port yg aku nak fokus erk? dolu2 aku ingat nak ambik diploma in IT...nih supaya aku paham skit bab2 IT nih...pastu cam best jer aku tgk diorg buat coding...ye ke best?
nih bila masuk miting ja..kompem haku pening..pening ngan terms yg ada. Konpius pun ada..mujur la hubby bidang nih so ada jg la sedikit sebyk aku bertanya..
Then aku jg bleh fokus ke audit...yg nih pun nampak best...pastu bleh la aku jd makcik fussy..seme mende nak audit...ekekekekeke
Tester pun bleh kan...hermm...!
Thursday, June 19, 2008
Edisi Merapu lg..
Utk terapi..kena la masuk sini sat...
Smlm 1st time balik umah pkul 8 malam..dah tau kompem x larat masak..so abis jer miting ngan big boss terus ku tapau makanan. Time kluar dari sinun aku dok berbelah bagi..nak lalu jln mana la..yg jauh tp x jem atau yg dekat tp jem..tp disebabkan tahap 'ketereran arah jln' aku masih tinggi..aku pi jer la jln yg jauh skit..ekekekeke..lg satu jln yg dekat tu aku x konfiden betui ke tak jlnnya..x pernah drive sendiri lg..aku nih kan x alert jln2 nih..kang salah lane udah salah destinasi..haruss try jln tu tp bukan la time peak hour...walopun aku rs jlnnya straight jer..
Smlm jg 1st time la hubby jaga adik, yg agak lama skit...lotih oo jaga 2 budak..sebab dua2 berebut nak perhatian..tu la kdg2 sokmo haku naik hangin...kalo dua2 ada..ok lah sorang satu..si kakaknya mmg la....pantang kita pay attention kat adik..musti dgn lajuya dia mencelah..nak jg kita main ngan dia..tu umur nak masuk 4thn..x dpt aku bygkan mcm mana la yg gap x smpi 2thn tu...mesti lg letih..adik nih nak kena masukkan dlm walker dah kot..cam jemu ja baring, meniarap, golek2..:)
uikss x abis2 lagi ngan ayat pertama kali erk..
adeii tiba2 mati idea..tu la asyik la network on off...lenkali la sambung..
Tuesday, June 17, 2008
Pertama...
Pertama kali aku warded sebab aku telan satu botol ubat julap...ibu kabo dia letak atas almari pakaian..ada lg almari tu kat umah ibu..tinggi tu..tp aku susun bantal + kusyen...bleh plak aku panjat tinggi2 gitu..merasala dok spital besar Ipoh...
Pertama kali aku posa masa tadika..jenuh abah bw ronda naik moto 2-3jam nak bg aku berenti nangis..sebab nak mkn sesgt..
Pertama kali aku suka budak lelaki ms darjah 3..budak tu nama Rostam...3-4bln lps tu aku pindah ke Felda...n beberapa bulan slps tu jg ada pelajar baru..n namanya Rustam(org lain, nama jer sama)...bila sek men, Rustam tu dpt masuk asrama..aku msh kat sek kat kg...seminggu lps tu..aku plak dpt masuk sek asrama..rupanya satu sekolah lg ngan Rustam. Form Six mujur la x de kwn nama Rostam/Rustam..sekali masuk UMS..ada lg kwn nama Rostam(org Melaka plak) n guess what...skrg colleague aku ada nama Rostam...ramai sungguh org nama nih...
Pertama kali aku naik flight ms nak ke KK..dok tepi tingkap..sebab takut gayat..aku tutup tingkap tuh..jakun sungguh..
Pertama kali aku kena langgar/tolak yg tak ku elak, ms kat KK..ate x paham limpas tu apa...5-6 kali org minta lalu aku x gerak..kena la tolak..padan muka..pastu br tau limpas=lalu, byk la loghat sabah yg buatkan aku konpius..Ingat plak sorang senior tanya...kamu nak bersungkai di mana? aku x tau nak jawab..sebab kg aku mmg namanya sungkai...rupanya sungkai tu buka puasa...
Pertama kali aku pegi obersea herm..pi Brunei...JPA bg duit suruh belajo aku pi jln2...merasa la mkn Nasi Katok, Pi Jerudong Park, lawat masjid2nya yg mewah tp sana byk kedai mamak la..
Pertama kali aku msuk umah pjg..kat Sabah...huhuhuhu smpi skrg ku dpt ingat mcm mana 'feel'nya...
Pertama kali aku bw moto yg jauh skit..dr Bdr Tasik Selatan ke Car4 Sri Petaling...buat kerja gilos namanya sebab pegi sana2 semata2 nak beli potatoes bun...mujur x de apa2...
Pertama kali aku lupa pki helmet..masa dok Putrajaya..mujur time tu Pak Polisi x de ronda2..dr P.8 smpi ke P.9 plak tu...kelupaan dong..sedar x pki helmet bila lalu dpn Balai Bomba...udah takut nak gerak..ku tinggai jer moto kat situ...jln kaki pi blok ijau...blk plak bw slow2..tau pun takut...
Pertama kali aku drive kereta manual...hanya geng2 opis aku yg tau apa yg jadi...hiks!
adeiii apa mende la aku merepek nih....dah la..byk mende jdnya kang...boss kici...okey..saya pi training..buhsan sudah!
Monday, June 16, 2008
Syabas Prenn!
Dorongan kuat dari bapa merupakan penyebab utama beliau memilih polis sebagai kerjayanya.Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Cawangan Siasatan Jenayah Berat D9, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Asisten Supritendan (ASP) Rodney Pasla Haris, 31, tidak pernah menyangka hasrat bapanya itu menjadi kenyataan.
"Sewaktu masih bersekolah sehingga tamat belajar di universiti, saya tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menjadi polis."Bapa saya menyakinkan saya kerjaya sebagai polis akan menyebabkan kehidupan seseorang itu terjamin dan mudah diterima masyarakat,' ' katanya.Tambahnya, ketika masih di bangku sekolah, beliau lebih aktif dalam kokurikulum yang melibatkan aktiviti sukan."Walaupun bapa saya seorang pegawai perubatan di Sibu, Sarawak tetapi apabila berbincang mengenai cita-cita dan kerjaya saya, dia mesti syorkan saya jadi polis,'' ujarnya.
Selain itu, Rodney turut mengakui hatinya semakin tertarik untuk menyertai polis setelah melihat ramai antara teman sekuliah memilih untuk menjadi anggota polis setelah tamat pengajian."Ada antara rakan saya yang dulunya selekeh kini kemas, segak bergaya dan berdisiplin setelah menyertai polis,'' ujarnya.Pada 1 November 2003, beliau telah memulakan langkah kanan ke dunia polis apabila menerima tawaran untuk menjalani latihan di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras dengan pangkat sebagai Kadet ASP.
"Seorang anggota polis itu perlulah mempunyai ilmu yang secukupnya sebelum berkhidmat kepada masyarakat,' ' tegasnya yang juga merupakan bekas penuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 1998.Sebelum menyertai polis, pemegang Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa ini pernah berkhidmat sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nangka, Sibu pada tahun 2001.Awal tahun 2002 pula, Rodney bekerja sebagai ketua pasukan operasi lapangan di sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang beroperasi di Sibu.Sejurus menamatkan latihan pada 2004, beliau yang keluar dengan pangkat ASP telah diarahkan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), IPD Johor Bahru Selatan pada tahun yang sama.
"Di situlah saya mula mengetahui cabaran yang ditanggung oleh seseorang anggota polis,'' ujarnya.Antara pengalaman pahit yang tidak dapat beliau lupakan ialah pada pagi Hari Raya Aidilfitri 2005 beliau menerima panggilan dari balai polis untuk menjalankan siasatan kes pembunuhan."Ketika itu saya sedang bersiap-siap hendak ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri,' ' ujarnya.Tambahnya, setelah menerima panggilan tersebut beliau terpaksa membatalkan hasrat untuk beraya bersama rakan-rakannya.
"Bayangkan ketika orang lain sedang sibuk berkumpul dan bergembira, saya dan anggota yang lain duduk di pejabat sambil sibuk meneliti kes tersebut,'' ujarnya.Rodney menambah, kes tersebut juga merupakan kes pertama yang dikendalikan olehnya selepas tiga minggu tamat latihan."Tanpa bantuan daripada anggota bawahan, saya pasti akan berlaku kelewatan dalam menjalankan siasatan,'' ujarnyaPengalaman paling mencabar yang pernah beliau rasai ialah sewaktu menyertai `Ops Langgar Belakang' yang melibatkan jangka masa siasatan selama tiga bulan sebelum kes tersebut dapat diselesaikan.
Kecemerlangan dalam perkhidmatan melayakkan dirinya tersenarai dalam penerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar pada Mei lalu."Penghargaan yang saya terima itu bukanlah milik saya semata-mata, ia milik semua anggota polis,'' katanya.Beliau juga pernah bertugas di Bahagian Risikan Cawangan Luar, Bukit Aman pada 2006 sebelum diarah untuk berpindah ke IPD Subang Jaya pada 2007.
Selain sibuk mengendalikan kes-kes berat, bekas Presiden Kadet Maktab Polis ini turut aktif dalam kegiatan sukan."Saya pernah mewakili pasukan bola sepak remaja Sarawak menentang pasukan remaja Australia pada 1995,'' ujarnya.Pengalaman manis Rodney dalam bidang bola sepak pula apabila beliau dianugerahkan pemain terbaik kejohanan dalam merebut Piala Timbalan Naib Canselor (TNC) UMS.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Syarena Mohamed, 30, anak kelahiran Kelantan pada 16 Disember 2005.
*** Rodney, aku x tau la ko jumpa ke tak blog haku nih..tahniah!..kawen jg ngan syarena..kabo angin la aku dpt ari tu..sebab ada yg bgtau ko putus tunang ngan dia..ampehs tul la sapa yg buat cerita tuh..apa kabar la en jafni kat kuala lipis nun...:)
Cakkk!
Tuesday, June 10, 2008
Car Pool Dah!
Smlm..bila boss kata...u kena pi miting kat C***L..alamak..mati la aku..x drive ari ni...nak pi, maybe la bleh tumpang dia..nak blk kang satu hal la plak...miting ngan pihak sinun tu mmg kompemla habis lewat..pkul 6 baru nak gerak..jln ala2 itik blk reban(naik bukit wehh)..nak berebut2 LRT/ERL...kompem pkul 7 br sampai Putrajaya...n kompem la dekat 7 setengah la baru ambik anak2 aku..kalo lain2 kereta ok lah hubby ambikkan dulu...so dgn senyum simpul ku minta excuse ngan boss..ekekekeke..sekali bleh la..kali kedua abisla KPI aku...so sgt2 la berharap boss bgtau awal2 kalo ada miting kat luar2 nih...tp elokla pun..sampai jer nursery..cikgunya kabo adik demam...kalo blk lewat harus aku dok salahkan diri sendiri la.
Hari ni plak aku lak bw kereta...hubby kata dia takpe..kereta opis berlambak...time dah smpi opis dia..harus la aku plak yg drive kan...aci tak..aku silap masuk simpang kat Parcel tu..ekekekeke..tu la konpiden sgt ..mujur la ada r/about kecik comey x jauh dr situ..heran gak apsal aku x nampak soping complex tuh..silap arah rupanya...1st time drive sendiri kat situ kan...seblom nih 2 kali kot lalu situ..tp bukan aku yg drive..so spt biasa la..x alert.
Pastu td isi la plak minyak..adeii jauhnya beza...jenuhla nak adjust budget lps nih..tp aku rs lega skit la sebab dah ber'car pool' kan..smlm dlm berita aku tgk ada pool..apa yg nak dihentikan sementara..tol @ cukai jalan..haruss aku pilih tol!...
Monday, June 09, 2008
Gambo Lagi!





Friday, June 06, 2008
Tag _ Nurul
These are the rules :
1. Post YOUR photo wearing red, may it be red top, bottom, the least would be red accessories if u hate wearing red. If u can’t find one, u still have an option.Either post your significant other’s photo or your child’s photo, if u have one.Of course, they should be wearing red.
2. Let us know the reason why u were wearing that particular day.Was it ur birthday? Is red ur fave color or was it the shirt that u first saw in ur closet that day
Byk gambo anak dara aku jer...setelkan nurul? ekekekeke




Acik
AcuThursday, June 05, 2008
Seme la naik!
Slmt jer sampai umah, hubby call..dia tanya..'isi minyak tak? br abis miting nih...minyak naik!' adeii x koser la nak kluar balik..Bila hubby balik..berkumpul ngan geng2nya...bila dah nak maghrib baru masuk..dia kabo..' Abg Abu kata kat shell kereta jammed smpi hentian kajang..seme nak isi minyak..pastu ada eksiden sama' huh lg la x koser aku nak kluar..walopun bg time smpi tgh mlm.
Tahun nih mcm2 naik harga...n yg geramnya seme tu mende yg mesti kita beli/guna...dr tepung ke beras..nih minyak kang elektrik pastu kompemla seme mende naik juga harganya...tak setara langsung ngan increament yg kita dapat...nih utk org gaji kecik mcm aku la..kalau dulu2..ada baki beberapa angka walopun 2 digit utk dijoli...skrg nan ado...nampaknya kena car pool la ngan hubby..tp tu la..dia kerja x menentu..kang mula la masing2 rasa bersalah sebab ambik anak lewat...sebab aku tau anak2 aku tu kalo dah 6.30 aku x muncul..masing2 gelisah..bukan anak2 aku jer..anak2 org lain pun sama..selalu kalo aku pi nursery lps 6.30 jer mmg ramai la anak2 yg dah start meragam n dok jer tepi pintu..tunggu parents ambik..huhuhuhu sedihkan..tu pasal hubby x suka car pool..dia la yg rasa bersalah sgt..ate dia yg abis keje lewat...
Terasa seme harga naik sebab % kenaikan tu tinggi..time2 gini rasa jelesnya kat kwn2 yg kerja kat state...yg kompem la takde tol, jln kurang jem(jimat minyak per), kos sara hidup x setinggi di sini..tp ye la kang seme keje kat state takde plak org kat sini...
So marilah kita ikut tips2 jimat minyak yg ada..meh ikut aku drive jgn lbh 100..kang rmp naik lbh dr 3..pakat terkedek2 kat lane kiri n tgh...ekekekekekke...
Wednesday, June 04, 2008
Semua Untukmu - Bermula di MAMPU,JPM
Hmm..zaman aku dulu UMS student, practical masa last sem(final year) so geng2 seme ramai cari private sebab dpt elaun..aku jer pi cari gomen..aku pun x ingat la apsal aku pilih MAMPU..suppose aku pilih EPU jer kan..sebab EPU kan lg related ngan course yg aku ambik...mmg nak jumpa jodoh kot..
Aku nih mana la pernah kluar dari negeri Perak..tiba2 jer kena hantar nun ke Kota Kinabalu..huhuhuhu...so bila practical saja nak try dok kl..so pilihla Putrajaya. Tumpang duduk umah Abg A' kat Bdr Tasik Selatan. Dia pun x tau mcm mana nak pi Putrajaya naik public transport nih..so 1st day practical aku sampai lewat..sebabnya naik bas dr BTS ke KL..pastu dr KL baru ke PUJ(Putrajaya). Sampai je MAMPU..aku terus daftar kat Admin n mmg aku ditempatkan kat unit tu..so aku duduk la kat cubicle kosong yg kata Abg Miji (tarmizi..kat MAMPU lg ke yaya?) utk peg dari Sabah yg blom sampai..En Vivian Leong...
Then kenal2 la ngan staff bhgn tu...kenal ngan Kak Rosnah..dia bgtau..'balik karang ikut akak, MAMPU ada jer bas ke komuter serdang' huh 1st time aku tau dr BTS tu bleh naik komuter ke serdang..n ada bas dr serdang ke PUJ. N kenal jg dgn Kak Rusalbiah(Ksal)..dia dok Sg Besi...dekat jer ngan BTS..so mula la aku naik bas tu kan...geng la aku ngan Ksal, Pegawai Sangkut n x lama tu ada staff baru lapor diri..namanya Aleeya...ekekekeke...geng plak ngan dia
N sampai juga Peg dr Sabah tu..Vivian..so geng la kami berempat...time Vivian dah dtg nih aku tuko la tmpt lain..satu hari..vivian br lps meeting kot..dia kabo kat aku..faiza...Hasan kirim salam..huh sapa plak la hasan nih...kebetulan mmg aku tgh hapdet info2 staff dlm sispen ker ke hrmis erk..kelupaan sudah!..sispen kot..so aku mmg tau ramai nama Hasan dlm jabatan nih n aku rasa mcm ramai yg dah kawen..so aku baikan jer..
Esoknya Vivian bgtau lg mende yg sama..sama juga..aku abaikan jer..aku ekceli ada bf dah time nih..tp dia ngajo nun kat Sabah. So malas la nak layankan..sampai la satu hari tu...aku dok kat cubicle sorang akak yg dah pencen..bhgn kewangan..email dia masih aktif..so tiba2 ada alert new email n aku plak ter'klik' gitu..n bacala..
dari En Hasan..Per: Minta on lampu/air cond kot..sebab nak OT...
cam familiar jer nama tu kan...so aku tolongla maklumkan kat pengganti akak nih n aku tergatai pi reply..aku kata rajinnya OT..dia reply plak..nak buat mcm mana kak, terpaksa..muakakaka tapikan...tak lama lps tu tiba2...huhuhuhu En hasan tu naik ke Admin la..kantoi sudah!..bukan Kak Jem tp aku yg dok menjawab..udah terkulat2 aku. Vivian plak sepantas kilat kabo..nih la Hasan..huh! malu i.
So start dr situ la..baru kami breakfast berlima (Aku, Ksal, Yaya, Vivian n Hubby), lunch berlima tp Yaya kdg dia tak mkn..dia tu makan skit tp kenyang sampai ke malam..muakakakaka...tu pasal ko kurus agaknya..mkn heavy sekali jer..
Then add id YM dia..so asyik la berYM...time nih aku ngaku la aku dah ada bf n dia pun ngaku jg dah ada gf..so kami mmg sekadar kawan ok!..Ingat plak time Vivian nak pi beli TV..jauh oo kami pi Bkt Jalil sana nun...then si Vivian pi beli Tv 29 inc plak tu..udah x tau sapa nak tolong angkut bw balik...hermm vivian x de transport ok..time nih hubby jer ada kereta...so call la dia minta tolong...dia jawab dia x bleh dtg..adeii time nih kan rs mcm menyampahnya dia nih...minta tolong pun x bleh..mujur la anak abg A' bleh drive..so dia la tolong antar ke PUJ.
Gitu gini..msh b'fast, lunch satu geng aku pun abisla practical..dua bulan jer kan...n En Jaapar tanya aku..nak tak kerja sini ..PKS jer pun..aku okey jer..bleh la cari duit utk tambang flight utk konvokan..So aku la perintis PKS kat MAMPU tu hah...buat kewangan..Dok study flimcy yg dah berthn x berusik..jenuh oo nak balancekan ngan list dr AG. time nih aku dah tak dok kat BTS..dah pindah dok Putrajaya..berhousematekan yaya, kak lina n su. Hermm pjg dah..lenkali plak lah yer...:) adioss
Tuesday, June 03, 2008
Her new collection :)
Lps dok fikir..takpela ambik la..pastu kata kat Hana..'janji erk..takmo dah mainan2 lain...' 'ok, kakak janji' ...
So ambik jer la...ptg tu pkul 5.30 dah tergedik2 nak main kat luar...excited pnya psl bleh tahan nak wee wee..sekali dah tak tahan..terketar2 lari masuk umah..akhirnya x sampai toilet pun...'Hanaaaaa..eii nih ibu nak marah nih..kan ibu dah kata jgn tahan kencing'...
Dah setel bab tuh...dia pi tunjuk kat seme geng2nya..seme dia suruh try naik...x kedekut dia nih...bila letih main scooter..main basikal balik...
Monday, June 02, 2008
Happy Birthday Abang!
Ekceli bukan nak bagi mende nih..nak bg mende lain tp aci dak aku kata mende tu takde dlm malaysia..ekekekekke..jenuh aku search sana sini + cari juga kat kedai2 yg ada..jawapannya cuma ada kat lowyat n yg ada tu pun versi x cun..huh...tgk la..kalo ada rezeki lenkali la bg menatang tuh..
Pasal kek plak..hermm baru tau rege kek sekarang dah mehei..kecik tara tu pun dah dekat nak sama rege ngan kek secret recipe yg besar gedabak...time pilih kek nih, suruh Hana pilih..ada ke dia tunjuk kek kaler pink...adeii dia hard fan kaler pink sungguh la cik kak nih...kabo kat dia..papa tu lelaki...lelaki tak suka kaler2 pink nih...br ler nak pilih kek yang nih..
Time potong kek..biasala nyibuks jer dia...ingat plak dia nyibuks time pak ngahnyer potong kek time kawen...budak2 mmg gitu la..bukannya nak makan pun..nak main2 jer..k lah itu jer..next entry masukkan scooter pink dia plak...ekekekeke..pink = hana..






