Sponsor
Friday, January 30, 2009
Hermmmm!
Kudatang mencarimu
Yang berselindung dalam bayangan
Ternyatalah kealpaan
Menjadi duri dalam jiwaku
Semakin jauh menyusur matahari
Semakin aku hilang arah tujuku
Tidak kusangka yang terang akan suram
Meskipun intan bayangnya
Jua tak berwajah
Biarpun gelap malam
Mata terpejam hatiku tenang
Kekusutan ansur pulang
Bersama bayang siang semalam
Baru kutahu ertinya
Sakit yang mencengkam dada
Malam yang sesepi itu
Terbuka jalan selebar dunia
Thursday, January 29, 2009
Saham????

Entry lepas2 ada umi mention psl saham kan...
Itu time..umi jual mehei kan...kata CNY akan naik lg....walhal time tuh cecah 3.4 dah ha......tp atas sikap tamak haloba ku ini..ambik ko....CNY takat 3.22 ja.....
So sapa yg buat kesimpulan time CNY saham naik tuh..bede'ah(tipu) tau....
Sapa yang rugi????? Umi jugak...muakakakakaka....
Tag : Dr Niza aka SB

Sori lambat buat
Do not copy answer*
*The tag question must be 100% the same*
*Tag people after doing tag* (kalo nak buat dipersilakan..kalo dah buat tak yah...kalo malas buat pun tak yah)
1- Zie
2- Niza
3- Myst
4- Lina
5- Na
6- Mazlyna
7- Ain
8- Dahalia
9- K Ty
1. How do u know 1? Jiran Umi...
2. What would u do if u never meet 2? Nak kena jumpa jg nih..nampak sipi2 jer..x aci.
3. What would u do if 3 n 4 dated u? Gossip la..apa lg...
4. Would 5 n 6 make a good couple? Bleh masuk kot..dua2 ramah
5. Do u think 7 is attractive? Yup..chinese look ke japanese look erk?
6. Do u know anything about 8's family? Skit2..bujang dulu pernah la jumpa family dia
7. Tell me something about 9? Sgt friendly...ada anak dara yg mcm adik jer n 2 anak teruna
8. What language does 2 speak? BM, BI..lg apa za?? hiks..
9. Who is 3 going out with? Ngan family dia..tp la nih tgh confinement tuh...
10. How old is number 4? 31
11. 5? 27 rsnya..betui ke erk...kena check blog dia nih
12. Who is 6's favourite singer? herm....ntah ler...
13. 7? ala..tak reti la lagu2 nih...
14. Is 8 single? Ada anak sorang...
15. What's 9 last name? anak pak Yussuf...
16. Would u consider being in a relationship with 1? Yup...dia ada nak dara sebaya anak teruna umi..muakakakakakka
17. Which school does 2 go to? sekolah2 kat johor...ekekekekke
18. What do like about 3? anak mami tuh...
Andai Itu TakdirNya!
Wednesday, January 28, 2009
Melaka ~ Last Day!



Melaka ~ Day 2!
Pagi2 lps b'fast..Hana dah terjun kolam...En Haziq yg demam2 tuh pun ngek ngek nak masuk jg....sib baik senang mkn ubat n demamnyer kebah...Umi????? ku termenung memikirkan itu dan ini.....mmg takde mood langsung nak berenang ke berendam ker..seme pass kat En Hubby....tq Abang!
Time lunch..malas jg nak kluar....so lunch kat hotel jugak....ptg skit Hana n En Hubby berendam lg kat kolam....Umi n Haziq dok dlm bilik ja.......Haziq hantam tido sepuas2nyer... 
Then dah petang baru pi makan ikan bakar....herm...kitaorg tak pegi Umbai since baca komen2 dlm forum ramai kata biasa n mahal....so kami pegi ke Serkam....mmg betui2 tepi muara....time sampai tu blom maghrib pun tp byk jugak seafood yg dah habis...macam Lala, Kepah, Ketam pun dah hujung2 ha....so kami try Siakap, Pari, Pepahat, Sotong n Ketam....

Fuhhh betui2 fresh...especially Siakap...n rege plak seme tu dlm RM50...betui2 berbaloi....kami makan kat gerai Abdul apa erk & Sharifah...lps maghrib jer seme tempat duduk penuh..kena 'q' la sapa yg smpi lewat tuh....
Lepas kenyang..apa lg..balik tido la.....zzzzzzzzz
Melaka ~ Day 1!
Friday, January 23, 2009
Nice Artikel!
KAUNSELOR KERJAYA ANDA
Muhabir Ibrahim, K.B., P.A. (Mal)
Berumur 37 tahun. Memiliki Diploma Siswazah dalam bidang Psikologi (Kaunseling) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia sebagai Kaunselor Berdaftar dan mengkhusus dalam bidang kerjaya.
Ketika berjalan menuju ke salah satu lot kedai makan, saya ditegur oleh seorang lelaki. Dengan memakai baju batik merah tua dan berambut pendek, dia menghulurkan tangan bersalaman dengan saya. Puas saya mengingati semula. Nampaknya, saya tidak mengenali lelaki berkenaan. Puas saya mengingati semula mukanya. Kalau-kalau ada dalam memori saya. Emmm... saya masih gagal mendapatkan jawapan. Saya minta izin untuk terus ke lot kedai untuk membeli nasi goreng ayam kesukaan saya. Dia yang berseorangan mengajak saya duduk sekali dengannya. Saya bersetuju sambil fikiran saya masih lagi tertanya-tanya. "eh..aku kenal ke..?' Kalau aku tak kenal macam mana dia tahu nama aku...?"
Ketika duduk dimeja makan dan memulakan perbualan barulah saya dapat mengecamnya. Emmm.. rupanya lelaki berkenaan adalah rakan sekelas saya semasa di universiti dahulu. Dia yang sudah agak berisi dan penampilannya adalah berbeza ketika saya mengenalinya 12 tahun dahulu. Dia yang baru empat bulan bertukar ke pejabat baru kerana kenaikan pangkat tinggal berseorangan kerana isterinya masih bertugas di terengganu. Cerita beliau lagi, dia telah bekerja di negeri kelahirannya selama hampir 9 tahun dan mempunyai rumah di sana. Sambil makan dia menceritakan dilema yang sedang dihadapi. Akhirnya dia mengemukakan satu soalan yang saya sudah menjangkakan diawal bualan. "Macam mana kalau aku memohon semula pekerjaan tersebut di sana walaupun terpaksa mengorbankan jawatan dan kenaikan pangkat di sini..???"
Sebenarnya ada banyak kes yang serupa dialam kerjaya. Ada yang terpaksa mengorbankan cita-cita, kenaikan pangkat, kemudahan, elaun, kepuasan kerja dan banyak lagi. Lelaki ini dan banyak lagi pekerja lain berhadapan dengan situasi yang sukar. Iaitu bagaimana untuk membuat keputusan. Ia melibatkan masa depan mereka. Saya yang tidak banyak bercakap, melontarkan soalan bagi menjawab kemusykilannya, "apa keutamaan engkau dalam hidup ini...???. Definisi keuntungan dan kerugian bukan sahaja yang bersifat kebendaan dan boleh dikira. Keamanan, kesihatan, kasih sayang dan banyak lagi yang tidak mampu dikira. BUkankah ia juga satu keuntungan.
Posted by Muhabir Ibrahim, K.B., P.A. (Mal) at 2:28 PM
Nk baca artikel lain..sila ke http://carikerjaya.blogspot.com/
Kerjaya atau keluarga???
Tapi lately nih...umi sedang memikirkan kedua2 nih....
Mana korang pilih?
I luv career but family still the 1st ranking in my life....
Iyer...iyer...yg umi dok konpius tuh sebab keroje...keroje gomen tp close post gitu...tuh yg buat umi pening...takut ooo kalo kena tuko ke state....walopun tau kos idup kat state rendah dr sini tp..di sini lah my family.....
Yup...sedang buat istikharah....mohon petunjuk drNya....
Thursday, January 22, 2009
Hijrah??
" Hijrah itu pengorbanan....hijrah itu perjuangan"
herm....
ermm...
mmm.....
Masih konpius ker saya???? Maybe...
Uwaaaa.....
Wednesday, January 21, 2009
Konpius!!!!
Herm...........
Why now....
Wrong timing maybe...
Tuesday, January 20, 2009
En Haziq Mengganaz!

Monday, January 19, 2009
JJCM : Indian Kitchen!

So komen umi...ku tergeliat lidah nak sebut menu2nyer...so seme pass kat boss..dia yg order..kami makan jer...hiks...
Sedap ke? Ntah ler..lidah ku rasa mcm biasa jer..standard indian food...Nak cuba bleh la...
Rege?? ntah..lupa nak intai...
TQ boss...selalu lps blanja byk keroje..nih ntah ler...coming soon kot!
Warisan???
Telah menceritakan kepada kami Waki’ dari Malik Ibn Maghul dari Talhah, dia
berkata, bahwa Jarir datang kepada Umar, lalu Umar bertanya, “Apakah masih
ada yang meratapi terhadap jenazah sebelum kamu?. Jarir menjawab, “Tidak”.
Lalu Umar berkata, Apakah masih ada perempuan yang berkumpul di rumah
keluarga jenazah dan membuat makanan?”. Jarir menjawab, “Ya!”. Umar berkata,
maka yang demikian itu adalah ratapan”.
meratap, maka bila meratap dilarang oleh Nabi SAW maka berkumpul dan
menyediakan makanan pun dilarang.

Wednesday, January 14, 2009
Berita Best Vs Tak Best!

Sejuk Gilos!
Minggu nih minggu sejuk seopis....Sejuk tahap beku dah...rs mcm nak cramp dah jari jemari nih ha...
Kalo semlm umi ingatkan psl pintu bilik server terbuka tp..hr nih pintu tu tertutup tetap la sama jer tahap kesejukannya...
Her..smlm 1st time dengo Hana speaking full sentence...tp ayat biasa2 jer pun..hiks
" Teacher( ngan umi pun udah dipanggey ku teacher, alasannya ibu skrg suka ckp mcm teacher)
May I go to toilet....ekekekekke
Pastu mula la dia reka ayat...ada yg betui ada yg tak..ayat depan tuh sama...toilet tuh jer dia tuko2...
Tapi ye lah..baru nak masuk minggu kedua kan...yg umi perasan dr cara dia dok bercerita apa dia belajo kat sekolah...mcm skrg nih teachernyer tgh ajo buka mulut...bunyikan itu ini....okeh la tu...
At least berani cakap..bukan mcm ibunyer...muakakakaka...kdg tu rs mcm x reti nak bercakap walopun dlm hati tuh ayat dah karang pjg2...takut salah grammar lah, pronounce salah la, apa la..walhal omputih sendiri pun grammarnyer x betuikan..tu probs umi kot..x berani nak ckp..n kalo boleh takmo mende yg sama jd kat anak..biar dia berani skit...
:)
Tuesday, January 13, 2009
Tag : Cute's Award!

Kagum!
Umi betui2 kagum la sapa keje dlm KL nih...musti tahap kesabaran korang tinggi kan....ekekekeke
Umi 3 hari berkg kat sinun pun ku rasa mcm..alahai letihnyer...plg tensi bila ada satu hari tu...setiap kali t/light tuko kaler...sebuah kereta jer lps...hek elleh...sib baik kereta auto..kalo manual mau sokmo mati enjin tak pun sokmo mengaum ja...muakakakakaka
Pastu...nak masuk parking pun satu hal....punya la pjg 'q' nyer....hangin jer bila tiba2 ada yg terus nak mencelah....hello...tolong skit aaaa....
Bila dah gini...patut la sokmo byk eksiden berangkai kan...rapat2 jer ha...tp kdg kite dah jarakkan dr org depan..org blkg plak cam nak kiss jer...rapat beno...tuh blom lori beso gabak....tp plg best..dah tau jln jem..ada jg lg la dok picit2 hon..takde maknanya...hiks
Alhamdulillah keje sini x de sgt mslh jammed nih kan..melainkan ada eksiden..tuh tak dpt la nak buat camno kan....pehtu parking pun foc....jimat2...semput haa kalo keje kl nih...mujur boss tolak application umi ari tu...ku pernah minta transfer dept...boss dh lepaskan..big boss plak x kasi..hermm ada hikmahnyer tu...tp yolah time tuh mmg x bz pun..nih br bz...
Rutin Bertukar!
Monday, January 12, 2009
Boikot Produk??

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG KEMPEN BOIKOT TERPILIH BAGI MEMBANTAH
KEKEJAMAN ISRAEL MENYERANG PENDUDUK AWAM PALESTIN
PPIM mendesak masyarakat pengguna Islam negara ini bertindak memboikot produk keluaran Negara-negara yang menyokong tindakan Israel menyerang Palestin hingga menyebabkan kematian umat Islam di negara itu.
Boikot terpilih merupakan antara tindakan yang boleh dilakukan oleh umat Islam di negara ini bagi menyuarakan rasa marah terhadap tindakan biadap tentera Israel melakukan keganasan ke atas saudara seIslam di Palestin.
Setiap umat Islam perlu bertindak bagi membantah kekejaman ini dan hanya melalui kuasa kepenggunaan, kita dapat mengajar kuasa - kuasa besar barat yang menyokong keganasan terhadap umat Islam di Palestin.
Ini kerana sebarang protes dan bantahan berhubung kekejaman Israel dan sekutunya tidak akan mendatangkan kesan kepada Israel dan sekutunya kerana golongan biadap ini tidak akan menghiraukan sebarang bantahan walaupun daripada seluruh umat Islam di
dunia.
Justeru PPIM menyarankan boikot produk terpilih bagi menghantar isyarat jelas kepada pembuli dunia dan sekutunya bahawa umat Islam di Negara ini tidak akan bertolenrasi berhubung kekejaman yang dilakukan ke atas Palestin.
Industri hotel, pasaraya serta kementerian juga harus turut serta dalam kempen ini bagi menyuarakan bantahan mengenai tindakan zalim Israel dan sekutunya. Hotel serta pasaraya seharusnya menyokong dengan tidak menggunakan dan menyenaraikan barangan
kempen boikot terpilih ini di hotel dan pasaraya mereka.
Umat Islam merupakan masyarakat yang sering bertoleransi dan menghormati kepercayaan kaum lain, tetapi apabila berlaku penindasan terhadap saudara seIslam kita harus menyuarakan bantahan demi memperjuangkan maruah dan hak umat Islam. Seluruh masyarakat pengguna di negara ini tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa juga wajar membantah keganasan kejam ini melalui kempen boikot terpilih. Maklumat lanjut berhubung produk kempen boikot terpilih bagi membantah kekejaman Israel
boleh dilayari di laman web PPIM [link][END]
Kebabom!!!!
Yer..yer saya sdg marah..kaki, tangan seme tgh mengeletar ...
Ngape??? Ingat itu handover note....part umi mmg dah siap okeh...then check part my asst. Dia kata dah siap..okeh...minta dia burn ke cd..n umi nak check...selasa lps dh dpt cd tuh..umi check area central dulu...dia call..umi tanya..dah siap blom central nih..sebab mcm nampak ada lg tulisan merah....merah tuh kena edit sebenonya...so dia dah failed satu part kan...then umi tanya lg..betul ke dah siap nih..dia jawab area pantai timur ja x siap..ok fine...
then dh ada last minute training kan...so umi lupa sat bab nih....nih pg nih...ku check semenya...semenya sama la....part 1.0 x delete n floor plan seme tarak...umi call..tanya..ngape takde..jwpnnyer..sekejab jer kan kak masukkan tu...aha..mmg sekejab..tp soklan umi...
SIAP KE TAK??
n br nih ku dengo...
TAK SIAP...
huh....x pernah2 haku naik sore ngan dia...haa..hambik ko....pandai plak bg excuse haa..katanya ada call in....uwaaaa...nak kena edit blk seme ni......
@ Kampung!

Friday, January 09, 2009
Nak Blk Kg!
Wahhhhh...rs mcm lama sgt x balik Perak...walhal raya aji ari tu br jer blk sana kan...Umi cdg nak blk sana time chinese new year...nak blk Bukit Merah sebab Lang umi x sihat...
Tapi ada perubahan plak..esok ada kwn En Hubby kawen..kat area Perak..so minggu nih blk Besout..raya cina blk sekejab ke Bkt Merah pastu blk Kedah...
Hana pun sebenarnya dah lama ajak blk kg....Tok Wan pun asyik la tanya psl cucu2nyer...
Psl Lang, Lang admitted ke spital taiping due to cancer la...cancer pangkal rahim kot..awal2 dulu kata fibroid..kata beso mug...pastu lps buat gitu gini, rupanya cancer...mcm x percaya jer..
Kalo baca entry2 lps ada umi cerita..Lang ni kakak kesygan my Ibu...kalo Ibu ke kami ke anak2 sedara dia nih sakit ke apa ker..dia la org pertama akan sampai...sgt2 baik hati..n dia juga mudah mesra...n En Hubby pun bleh ngam ngan family Lang...
Sedih sgt bila tiba2 dia sakit n lg sedih bila dpt tau maybe di peringkat serius..skrg kan kat spital Taiping..maybe operation akan dibuat di Spital Alor Star...semoga Lang bleh sembuh...walopun umi tau maybe ssh..ye lah faktor umur sama kan n faktor tahap serius tuh ha...so kawan2 jom pakat buat pap smear erk..umi pun blom buat nih..sepatutnya dah buat ni...tp my pebret doktor tgh cuti rehat...mcm segan plak nak jumpa doktor lain...tp kalo Dr Huda msh rehat..nampaknya kena cari doktor lain la jugak...
Jom jdkan pap smear as annual xtvt kita...especially for those yg dah kena ikat tu...lg wajib tau...(nih based on friends, sedara mara yg gitu n jg pernah dgr dr doktor)...
Wednesday, January 07, 2009
Nyelit jugak!
Tuesday, January 06, 2009
Bebel la plak!
Her 1st Day!
Ops lupa plak...ahad tuh...Pak Tam Hubby dr Chini datang..dia hantar anak dia...daftar ke GMI smlm jugak...ambik course bab2 engine nih...
Sambung cerita...kelas Hana start pkul 9am..so takdelah bgn awal sgt pun...mandi pun bersyarat ha..nak air panas...sabo jer la...breakfast pun jenuh kena paksa...nak mkn cereal jer katanya..ngan air suam....layankan ajer lah kan...
Disebabkan En Hubby kena bw sepupunya ke GMI...so kami decide pi ngan 2 kereta...smlm mmg kami ambik cuti pun...
En Hubby of kos la takmo ketinggalan nak tgk anak dara dia kat sekolah mcm mana kan..so pg tuh kami seme gerak ke Bangi dulu...lgpun sepupu En Hubby tuh bleh daftar smpi pkul 12...Hana plak pkul 9am...seblom pkul 9..kita pekena dulu roti canai kat area situ..lg 5 minit pkul 9a.m br naik atas...sampai jer kelas..terus teacher ambik dia..masukkan ke kelas..x sempat ibu nak kiss....tgh2 sembang ngan parents lain..tiba2 tgk anak jiran umi lari keluar...ajak mak dia masuk kelas..hiks...so time emak dia pi jenguk tuh la..baru umi tgk kelas Hana kat mana...ada 3 kelas kalo x silap...2 kelas umur 6 thn kot..
Setelkan payment transport...mujur transport dah ada start hari ni...so tak ler kelam kabut....sebab seblom tuh teachernyer kabo maybe 1st week takde transport..tuh yg jd jiwa kacau sekejab...pegi tuh ok..balik tuh haa..jenuh la nak ulang alik...
Lps pkul 9..parents tak dibernarkan dah dok situ kan..so merayau la...nak balik 11.45a.m dah habis kelas...rayau2 perabis duit...huhuhuhuhu
Pkul 11.45a.m ambik dia, dia tanya umi plak ngape ambik dia awal...sabo jer lah...dia tanya kenapa umi x ambik dia mcm kat taska...tak puas belajar lg lah tuh...then dia bgtau teacher kata boleh bawak bekal...so pg nih dia suruh umi bekalkan roti+kaya

Pg nih..teacher dia pick up pkul 7a.m..kena la bangun awal..tp maybe utk minggu nih jer..diorg baru nak budget time..minggu depan maybe lewat sikit...
Penggantinyer!
1st tragedi di Tahun 2009!
Umi ajak En Hubby ke pasar malam BBB...nak cari tudung sebenarnya...kat pasar malam bdr tek nih x byk pilihan skit n selalunya kat BBB lg murah....so pergilah ke sinun kan...
Lps beli tudung...En Hubby nak singgah port jam kejab..nak tuko bateri jam...time org tuh tgh tuko bateri tuh...umi kabo kat En Hubby, Umi nak pi gerai depan skit..nak tgk pencil case utk Hana....so sambik dukung haziq..tangan kiri plak pegang tangan Hana...kami pun jalan...
Sampai ja port brg2 barbie..umi bior jer dia pilih mana yg dia berkenan....dah setel seme...umi ajak dia pi kat En Hubby balik...
On the way nak ke situ...tiba2...umi prasan Hana toleh ke belakang....then umi pun toleh juga sebab nampak dia senyum kat org blkg umi...so umi nampak sorang budak lelaki blkg umi...buat muka joker sambil makan...kami kan sambil jalan kan...so abaikan jer...
Sampai kat En Hubby..dia kabo bateri dia x bleh buat..ate jam gitu kena pi kedai dia la...mana sama ngan pasar malam..So kitaorg decide nak balik...seblom tuh singgah jab beli sayur skit n try sate minang...
Dalam kereta, dah gerak la...tiba2 Hana cakap " Papa, tadikan..abang yg makan tuh, dia tarik rantai kakak"!
Haaaaaa...umi dah terjerit kat belakang....terus suruh En Hubby raba leher dia..sebab dia dok depan....n then En Hubby jawab..mmg dah takde lah....
Terus umi nangis....kenapa nangis erk...bukan psl harga brg kemas tp sebab umi rasa umi careless....umi rs bersalah sgt..kenapa umi x prasan semua tuh ada makna tersirat....rupanya Hana toleh ke belakang sebab rs dia pegang Hana (opss lupa plak...blkg umi mamat yg tgh buat muka joker tuh kan...n bila jd gini br umi prasan ada lg 2 org budak lelaki blkg Hana..tp x ler dok rapat sgt...di mcm kat bahu kiri dia)
So andaian umi dia buat joke utk bg Hana tak sedar atau leka jer...expert dah diorg nih..mmg tak prasan langsung...
Hana tau umi nangis..dia panggey..Ibu....Ibu....tiga kali umi x menyahut, suara dia dah lain....kali ke empat harus la umi menyahut. Kang ada plak anak beranak buat drama syahdu....Hana pujuk umi..dia kata...nanti kita beli lain tau...jom kita pergi jumpa polis lah....En Hubby plak..ayat memujuknyer " Takpelah..kalo x jd gini, takde la kakak merasa rantai baru'" huhuhuhuhu yo lah Papanyer...jenuh nak kumpul balik oooo udah ler emas dah mehei....
Rantai tuh dr Hana lps pantang lg......hermm takpelah takde rezeki....hampir 5 thn ja dengan Hana..
Sampai umah...umi dok fikir mcm mana diorg ambik rantai tuh..sebab..umi ngan Hana sedang berjalan...diorg plak dok ke tepi...Hana kabo diaorg tarik ke belakang..umi tanya sakit tak leher? dia kabo rs sikit....huwaaaa.aaa....sambung ujan...sensetip beno erk kalo anak kabo sakit nih....andaian kami..diorg tarik rantai dia ke tepi n putuskan dgn apa2 mende yg tajam....
Pagi ahad tuh..hubby kluarkan kereta dr porch..letak kat luar...bila dia masuk umah...dia tunjuk kat umi..segumpal rambut Hana bekas kena gunting...so betuilah...mamat2 tuh guna gunting...
So moms kat luar sana hati2 erk...walo pun rantai dah tersorok dlm baju...budak2 pencuri hati busuk nih tetap nampak...Hana sampai kluar statement ' tuh la ibu..ngape tak bagi kakak pakai tudung...mesti pencuri tak nampak rantai kakak' huhuhuhuhuhuhuhu...Hana saja tau..suka buat umi rs bersalah....
Oh yer...malam tuh umi x bleh tido..sebab terbayang2 gaya Hana toleh ke blkg ngan senyum pd mamat hati busuk tuh......tanya Hana.."kakak boleh tido tak?" Hana jawab " Boleh jer ibu, kakak kan baca doa" dushhhh...kena sejibik...
Friday, January 02, 2009
Layan Games!

Pastu..weekend lps plak..En Hubby ajak main game kat alam anda...kali nih dia main ketuk ketuk...n dia suka main game bowling ler plak....dua kali pi utk main bowling...abis la Papa dia...kalo pi alam, musti lps nih...Hana ajak pi sinun punyer..
Si adik plak..kalo game kereta ok ja...bila tuko naik kuda, dia takut plak...herm...

N yg lg satu nih time kat The Mines....lama gilos br nak boh..kelupaan sebenonya...
Hepi Besday Adlin Aqiesha!







