Sponsor

Friday, January 23, 2009

Nice Artikel!

Di saat hati sedang gundah...terjumpa pulak artikel nih.....

KAUNSELOR KERJAYA ANDA

Muhabir Ibrahim, K.B., P.A. (Mal)
Berumur 37 tahun. Memiliki Diploma Siswazah dalam bidang Psikologi (Kaunseling) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia sebagai Kaunselor Berdaftar dan mengkhusus dalam bidang kerjaya.


Ketika berjalan menuju ke salah satu lot kedai makan, saya ditegur oleh seorang lelaki. Dengan memakai baju batik merah tua dan berambut pendek, dia menghulurkan tangan bersalaman dengan saya. Puas saya mengingati semula. Nampaknya, saya tidak mengenali lelaki berkenaan. Puas saya mengingati semula mukanya. Kalau-kalau ada dalam memori saya. Emmm... saya masih gagal mendapatkan jawapan. Saya minta izin untuk terus ke lot kedai untuk membeli nasi goreng ayam kesukaan saya. Dia yang berseorangan mengajak saya duduk sekali dengannya. Saya bersetuju sambil fikiran saya masih lagi tertanya-tanya. "eh..aku kenal ke..?' Kalau aku tak kenal macam mana dia tahu nama aku...?"

Ketika duduk dimeja makan dan memulakan perbualan barulah saya dapat mengecamnya. Emmm.. rupanya lelaki berkenaan adalah rakan sekelas saya semasa di universiti dahulu. Dia yang sudah agak berisi dan penampilannya adalah berbeza ketika saya mengenalinya 12 tahun dahulu. Dia yang baru empat bulan bertukar ke pejabat baru kerana kenaikan pangkat tinggal berseorangan kerana isterinya masih bertugas di terengganu. Cerita beliau lagi, dia telah bekerja di negeri kelahirannya selama hampir 9 tahun dan mempunyai rumah di sana. Sambil makan dia menceritakan dilema yang sedang dihadapi. Akhirnya dia mengemukakan satu soalan yang saya sudah menjangkakan diawal bualan. "Macam mana kalau aku memohon semula pekerjaan tersebut di sana walaupun terpaksa mengorbankan jawatan dan kenaikan pangkat di sini..???"

Sebenarnya ada banyak kes yang serupa dialam kerjaya. Ada yang terpaksa mengorbankan cita-cita, kenaikan pangkat, kemudahan, elaun, kepuasan kerja dan banyak lagi. Lelaki ini dan banyak lagi pekerja lain berhadapan dengan situasi yang sukar. Iaitu bagaimana untuk membuat keputusan. Ia melibatkan masa depan mereka. Saya yang tidak banyak bercakap, melontarkan soalan bagi menjawab kemusykilannya, "apa keutamaan engkau dalam hidup ini...???. Definisi keuntungan dan kerugian bukan sahaja yang bersifat kebendaan dan boleh dikira. Keamanan, kesihatan, kasih sayang dan banyak lagi yang tidak mampu dikira. BUkankah ia juga satu keuntungan.

Posted by Muhabir Ibrahim, K.B., P.A. (Mal) at 2:28 PM

Nk baca artikel lain..sila ke http://carikerjaya.blogspot.com/

No comments: