Ada geng tanya apa beza dua nih..nak kabo pun ilmu x cukup di dada..ekekekeke..ate umah pun br sebuah...
So google itu ini..sekali termasuk blogger yg mmg expert bab hartanah..nih antara yg dia tulis
Apa beza dan kesan status leasehold dan freehold kepada tanah kita. Perbezaannya ialah tanah status freehold ini adalah selama-lamanya milik kepada pemilik yang berdaftar pada suratan hakmilik (geran) tanah tersebut. Manakala tanah berstatus leasehold pula, tempoh milik pemilik yang berdaftar didalam suratan hakmilik adalah bergantung kepada tempoh yang dicatatkan didalam suratan hakmilik itu seperti 99 tahun atau 60 tahun atau 30 tahun atau lain-lain tempoh. dan ada juga sepanjang 999 tahun. Apabila habis tempoh-tempoh tersebut, tanah berstatus leasehold ini akan kembali haknya kepada kerajaan negeri menjadi state land dan terpuanglah kepada kerajaan pada masa tersebut samada untuk diguna mengikut kehendaknya jika ia ada perancangan tertentu atau leasekan kembali kepada pemilik berdaftar tadi dengan mengenakan apa-apa bayaran termasuk premium dan sebagainya mengikut tempoh yang tertentu.
Beza nilai antara keduanya, bagi kami, nilai tanah status freehold lebih tinggi dari leasehold dengan kadar mengikut tempoh baki leaseold yang ada. Namun kadang-kadang walaupun leasehold berbaki lagi 60 tahun tetapi dilokasi yang 'hot', nilainya adalah juga tinggi kadang-kadang menyamai tanah berstatus freehold. namun tak banyak lokasi yg macam nih. Apapun nasihat kami kepada klien, eloklah beli hartanah yang freehold.
Berkaitan dengan 'marketable' tanah berstatus leasehold atau freehold, sebenarnya kedua-dua jenis tanah tersebut tidak menghalang daripada mana-mana kaum samada melayu atau non-Melayu membelinya, cumanya proses transaksi leasehold lebih susah dan panjang sikit di PTG termasuk juga jika pembelinya Melayu. Tetapi ianya tidak menghalang sesapa utk memilikkinya
For more details sila la klik blog nyer...Byk lagi topic2 psl hartanah yg sgt2 menarik utk dibaca....
Lagi details En Hamdy
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup.blogspot. com
Perunding Hartanah & Perunding Amanah Saham Berlesen
Buku Saya:
Miang Miang Lelaki (sepatutnya berisi) RM16 + posRM2
RancangHidup RancangWang RM18 + posRM2
boleh didapati
- kedai MPH--sila tanya
- kedai buku Uni Malaya (UM)
Buku Lain
Hidup Tanpa Suami 1 Roha Hassan RM 12 + RM4. (tinggal 2)
Asas Ajaran Kristian Menurut Perspektif Islam Hj Nicholas Slyvester RM 22+RM3
Bagi Penjual;Sila contact: Crescent News (KL) Sdn Bhd, Tel 03-61842448
kenapa tidak mengembangkan amal jariah anda dengan fwd artikel2 saya yang anda bersetuju dengan artikel itu.