Sponsor

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Menyambut Aidil Adha!

Mesti dah ada yg start balik kampung kan...umi masih kerja..esok pun kerja lg...malam la kot baru gerak dr sini...cuti pun senin jer....

Utk seme sahabat..selamat menyambut aidil adha....tahun ni insya allah abah umi akan buat ibadah korban...hajat dia..nak korbankan peliharaannyer utk si kembar + menantu2 + cucu2nyer....mmg lama dah abah dok sebut nak buat nih..utk umi, nyah n alang dh lama abah buatkan....tp secara share ngan kwn2 dia..kali nih ja mmg betui2 sekor tu utk kami sefamily....so...kepada yg ada lalu/datang area slim river...jemput la dtg ke rumah pd hari raya kedua slps isyak kot...(kendurinya la..sembelih of kos la blah pagi)....meh pekena sup tulang....hihihihihi...

n umi copy paste statement sahabat umi psl 'aidil adha' utk renungan n ingat kita semua,....


Disertakan Sejarah Aidiladha untuk peringatan buat diri saya dan rakan2 sekalian.







Hari Raya Aidiladha(bahasa Arab:


'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di


seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri


yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh,


sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti


dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah,


sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau


11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.


Aidiladha adalah perayaan yang istimewa


kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi


Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.


Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha


dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat


korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas


khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada


hari ke-13 Zulhijah.


Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat,


manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat


kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.


Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh


pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting


dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari


syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar


Mekah.


Pada hari raya, orang Islam disunatkan


mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan


wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan


sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi,


biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.


Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha


dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan


dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga


sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.


Selepas bersembahyang, upacara korban akan


dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih


secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang


ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.


Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat


Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban


sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini


memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban


kepada Tuhan.






MOHD RIJAL JAMALUDDIN

3 comments:

atty's said...

selamat hari raya umi ..

LizHairi said...

selamat hari raye gak!!
semoga selamat sampai...

zie said...

selamat hari raya buat faiza dan keluarga..