Sponsor

Thursday, September 16, 2010

Cerita atas jalan raya...

Umi balik Perak ptg hari rabu (minta half day)..alhamduillah perjalanan kami sgt lancar...pkul 6 dh smi kg...mmg sgt2 sempat berbuka puasa dgn my ibu...pehtu dgr pengumuman raya...kalo raya khamis nak gerak terus balik kedah...since raya kompem jumaat so lps sahur la baru gerak....time bgn sahur, abah bgtau dlm radio bgtau ada ekiden di area sungkai-tapah....so lengah2 skit..pkul 8 pagi la kami baru gerak....kali nih ikut jln biasa until tol gopeng....

Okeh ja jalan...smpi la ke kedah....

Cerita balik plak...umi erak sini raya ke 5....kluar umah lps asar tp byk menyinggah..jem skit area juru..pehtu singgah bukit merah...dh singgah sini kompemla kena tunggu smpi mkn..kebetulan kak dah (sepupu) buat sup ekor..so layankan ajalah...dh x menarik area kg nih...coz dah byk rumah dijual...semenya dijadikan kawasan ternakan ikan arowana..seme suka area sini coz dekat dgn tali air besar,,,air nih direct dr tasik bukit merah..air tu dikatakan mencantikkan sisik ikan.....kiri kanan umah pak lang bakal jd kolam ikan lps nih...pak lang takmo jual...tanah tu dh macam jd pusaka utk diorg..alhamdulillah....

Then singgah plak  matang gerdu..melawatpak ndah umi yg x berapa sihat.....pkul 11 jg la br kluar dr area sini....ngantuknya umi rs...kitaorg singgah sat area r&r simpang pulai kot...nak tido...hahahaha...en hubby pla nak isi minyak so selalunya kami kluar exit tapah...tp kali nih kena atas skit sebab shell ada kat r&r tapah..slps exit tapah...dah setel situ dah konpius nak kluar ikut bidor or sungkai....sungkai dekat skit.so pilih kot situ la...then 500m seblom smpi r&r behrang tiba2 seme kereta break mengejut...time tu lbh kuran pkul 1.40am....umi nampak asap berkepul2..hitam pekat..x tau kenapa...tp 5 minit gitu smpi la bomba...kereta mmg x gerak la..setengah jam lps tu br ok..baru nampak ada kereta terbakar rupanya..kereta di laluan umi..ke selatan...x tau kereta apa...ingatkan org dlm tu okeh coz takde ambulans...rupanya..ini cerita sebenarnya.


Tubuh hancur digilis

2010/09/15 IPOH: Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila badannya terputus dua selain hampir keseluruhan anggota badan termasuk bahagian muka hancur dipercayai akibat digilis beberapa kenderaan lain dalam satu kemalangan di Kilometer 346.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungkai, Tapah, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu berlaku apabila kereta mewah jenis BMW berwarna perak yang dipandu mangsa dari arah selatan menuju ke utara dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang tengah jalan. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad berkata, akibat rempuhan kuat, kereta mangsa tercampak ke laluan bertentangan.

“Pertembungan itu turut menyebabkan mangsa tercampak keluar ke tengah jalan arah selatan manakala keretanya berada di laluan bertentangan. “Mangsa yang terbaring di tengah jalan, dipercayai dilanggar dan digilis beberapa kenderaan yang tidak sempat mengelak atau menyedari kelibat mangsa.

“Ia mengakibatkan mayat mangsa hancur dengan badannya terputus dua serta beberapa anggota badan termasuk muka cedera teruk. Polis juga terpaksa mengutip beberapa cebisan mayat mangsa yang bertaburan atas jalan,” katanya.

Menurutnya, polis berdepan kesukaran mengenal pasti identiti mangsa kerana keadaan mayatnya serta tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada badannya dipercayai hancur atau hilang.

“Selain itu, polis juga masih mengesan nombor pendaftaran kenderaan milik mangsa yang dipercayai rosak atau hilang ketika kemalangan berlaku,” katanya.

.....no wonder la byk kereta laluan bertentangan berenti tepi jalan....huhuhuhu...kuat giler rempuahan tu....so end upnya umi smpi besout pkul 2.50a.m....
 
nih blom balik kajang..moga perjalan balik ahad nih berjalan ngan lancar n selamat..amin!

No comments: