Sponsor

Wednesday, October 20, 2010

Selamat Hari Statistik Sedunia ~ 20.10.2010

Jabatan Perangkaan Malaysia akan menyertai agensi statistik nasional seluruh dunia menyambut Hari Statistik Sedunia, sambutan julung-julung kali diadakan serentak di seluruh dunia, esok.


Sambutan pada tarikh 20 Okt ini diumumkan oleh Suruhanjaya Statistik Bangsa-bangsa Bersatu di sesi persidangan ke 40 awal tahun lalu.

Beliau berkata tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang sumbangan statistik rasmi yang berasaskan teras perkhidmatan, integriti dan profesionalisme.

Sambutan Hari Statistik Sedunia itu akan di adakan di perkarangan Blok C6, Jabatan Perangkaan, Putrajaya, dengan tema yang ditetapkan sama di seluruh dunia, "Meraikan Banyak Pencapaian Statistik Rasmi", katanya kepada Bernama di sini.

Beliau menjelaskan Statistik Rasmi merujuk kepada statistik yang dikeluarkan agensi yang bertanggungjawabkan oleh kerajaan bagi memenuhi keperluan penggubal dasar untuk pembangunan dan kemajuan sesebuah negara.

"Oleh itu, Bahagian Statistik Bangsa-bansga Bersatu telah menggalakkan agar semua agensi statistik nasional mengadakan sambutan Hari Statistik Sedunia ini," kata Pesuruhjaya Banci dan Ketua Perangkawan ini.


Selamat Hari Statistik Untuk semua...tq Mr Thirunaukarasu yg pernah mengajar saya subjek statistik di UMS dulu...rasa2 mcm Mr Thiru skrg kat UM ja....betui ke erk....apa2 pun statistik, ekonomi semenya berkaitan gitu....kalo kat jabatan nih pun tgk senior2 mcm ramai dr aliran math...pure stats....tp yg baru2 nih dah seimbang kot...antara aliran math,stats ngan ekonomi....lelain sain sosial nyer bidang ada jg tp x berapa ramai....yg plg ramai geng2 uitm la....hihihihi...ums??? ntah ler....tp plg best member umi ada sorang degree in IT...hihihihi...ko sorang ja sesat Iera oiiii....:)
 

No comments: