Sponsor

Saturday, November 27, 2010

Tahniah PKPS....

Semalam...tgh nak bersiap2 utk balik..tiba2 PA Pengarah panggey seme officer..ada miting tergempar kekdahnya...udah la nak balik kan...herm...

Rupanya nak kabo...2 berita di bawah....

Tahniah En. Zul....orgnya nampak simple tp sgt2 terror..walopun lulusan sains tp terms economics dia lagi terror dr org2 ekonomi nih..hihihihihi n among the bosses kat sini..diorg selalu gelar dia as...the best negotiator...coz byk2 FTA negotiations led by him....

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria (gambar), 53, dilantik sebagai Ketua Setiausaha kementerian itu berkuat kuasa 6 Disember depan.



Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berkata, Dr. Rebecca Fatima bakal menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Mamat yang bersara pada 5 Disember ini.


Menurutnya, Dr. Rebecca Fatima dilantik berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya yang selari dengan hala tuju semasa MITI dalam melaksanakan dasar-dasar pelaburan, pembangunan, perindustrian dan perdagangan luar negara seiring dengan aspirasi, wawasan dan perubahan transformasi negara.


''Beliau berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Georgia, Athens, Amerika Syarikat, Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris dari Universiti Malaya.


''Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1981 lalu, dengan karier perkhidmatan awam yang bermula sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Perdagangan Antarabangsa, MITI dari 1981 hingga 1992,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.


Dalam pada itu, katanya, Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan Strategik MITI, Zulkafli Abdul Karim dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu berkuat kuasa tarikh yang sama bagi menggantikan Dr. Rebecca Fatima.


''Zulkafli, 56 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang fizik Universiti Malaya dan memasuki perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Januari 1981 lalu,'' jelasnya.

No comments: