Sponsor

Sunday, January 23, 2011

Pasang Airbag plak...

Teringat plak time sorang opismate yang airbag keretanya tiba2 meletup time tgh drive...alhamdulillah takde apa2 yg buruk berlaku n kebetulan mende tuh terjadi di tempat yg jalan tak sesak n dia bukan berseorangan...bygkan kalo meletup time tgh drive laju di tempat yg byk kereta....n berseorang..huhuhuhu scary wooo....

Kalo dah ada airbag nih jangan lupa servis erk...3 tahun sekali kan n ada ada expiry date....kena alert tuh...

Macam member nih...stereng kereta pun hancur...dashboard pun rosak coz semenya computerised...sangkut paut semenya....

n of kos lagi tambah la bajet utk servis kereta kan....adeiii kereta i pun nak kena major servis dah nih.....



Beg udara: Perodua minta tempoh


KUALA LUMPUR 22 Jan. - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) meminta suatu tempoh kepada kerajaan sebelum melaksanakan pemasangan beg udara pada kenderaannya.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, ia bagi membolehkan pihaknya menjalankan kajian secara terperinci khususnya dari segi teknikal dan kos pemasangan.

Sambil menyatakan sokongan penuh terhadap langkah kerajaan itu, beliau berkata, kajian itu perlu terutama bagi model kereta yang berharga rendah iaitu di bawah RM30,000.

"Kita minta sedikit masa untuk menjayakan perancangan itu kerana perlu meneliti beberapa aspek seperti pemasangan terutama bagi kereta murah.

"Ini kerana pemasangan beg udara bagi sesebuah kenderaan melibatkan kos yang tinggi iaitu antara RM1,000 hingga RM3,000," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai arahan Kementerian Pengangkutan yang mewajibkan semua kenderaan termasuk kereta nasional memasang beg udara mulai tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang mengumumkan perkara itu semalam turut menyatakan persetujuan pengurusan Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perodua untuk menggunakan aksesori keselamatan berkenaan.

Katanya, pelaksanaan itu perlu bagi memastikan keselamatan setiap pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih terjamin.

Aminar Rashid berkata, pihaknya juga perlu meneliti soal pembiayaan pemasangan terutama bagi kereta berharga rendah sama ada ditanggung sepenuhnya oleh pengguna atau dibiayai pengeluar kenderaan.

Sementara itu, Aminar Rashid berkata, pengguna kenderaan Perodua yang masih belum memasang tali pinggang keledar belakang dialu-alukan untuk membuat pemasangan segera.

Menurutnya, tarikh akhir pemasangan tersebut adalah pada akhir tahun ini.

Sebelum ini kerajaan merancang menguatkuasakan peraturan penggunaan tali pinggang keledar oleh penumpang tempat duduk belakang pada 1 Januari 2009 namun ditunda kepada Januari 2012.

2 comments:

Anonymous said...

Hmmm...

Mcm nih la pak menteri di Malaysia, buat undang2 suka suki ikut suka bila nk buat hari ni masuk paper, esok nak laksanakan. Tak kaji dulu dgn kemampuan rakyat. 4 jenis/kaedah p'gurusan risiko individu (Kapoor, Dlabay & Hughes, 1988)

1)Risk Transfer-pembelian insurans
2)Risk Assumption-Ikut rules j/raya
3)Risk Avoidance-Jgn naik kereta
4)Risk Reduction-Pasang "air bag"

Cadangan dh cantek, tp bab pelaksanaan tu kaji lbh dlm dulu la. Mybe kena buat berperingkat.

Umi_Aliesha said...

policy maker kena alert bab2 nih...sebabnya diorg yg buat paper work...best paper work kalo involve seme pihak...dr manufacture, end user, policy maker n expertise for that area...