Sponsor

Tuesday, May 24, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Hulu Langat!

Takde perkataan yg mampu umi gambarkan...betapa sedih n sayu bila dgr n tgk berita nih dalam tv....

Tapi berita kosmo nih agak menyejukkan hati...alhamdulillah...semoga mereka yg terkorban ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...amin...al-fatihah!

ALUNAN suara-suara gemersik penghuni Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat, Selangor berlatih menyanyi lagu nasyid pada petang Sabtu lalu itu tiba-tiba bertukar nada kepada jeritan yang mengerikan.


Sebilangan penghuni yang dari tadi sibuk menyusun kerusi dan menghias dewan makan juga terkejut bukan kepalang. Tempat pengajian tahfiz yang sebelum ini tenang telah dikejutkan oleh bunyi gegaran yang luar biasa.

Walaupun Bukit Semungkis yang terletak di belakang rumah itu pernah memberi isyarat kecil tanah runtuh, namun tiada siapa yang menyangka ia akan bertukar menjadi seteruk itu. Begitupun, pada 21 Mei lalu, lebih kurang pukul 2.30 petang, tanah merah di bukit itu tidak lagi mampu bertahan.

Runtuhan tanah itu sama sekali telah menimbuskan khemah dan dewan makan hingga meragut 16 nyawa penghuni sementara sembilan yang lain cedera.

Mayat berbau wangi


Melihat badai yang melanda pusat pengajian tahfiz yang selama ini tidak diendahkan sesuatu yang begitu menghiris kalbu. Kepada para penyelamat, mungkin mereka lebih merasai emosi itu.

ORANG ramai membanjiri pekarangan masjid bagi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa dalam tragedi tanah runtuh yang menggemparkan negara.

--------------------------------------------------------------------------------

Rizan Hassan, 35, merupakan antara puluhan sukarelawan dalam tragedi itu berkata, seumur hidupnya, dia tidak pernah akan dapat melupakan detik-detik cubaan menyelamatkan sepasang adik-beradik yang terkorban dalam kejadian itu.

“Saya antara yang terawal sampai, ketika itu hanya orang kampung yang berkerumun di lokasi itu, suasana sangat kelam-kabut, muram, jeritan di sana sini. Pada saat itu juga saya dan beberapa sukarelawan lain masih lagi dapat mendengar sayup-sayup suara orang minta tolong dari timbunan tanah,” katanya yang juga merangkap Setiausaha Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda, Majlis Belia Malaysia (MBM).

Namun kata Rizan, cubaannya untuk mengeluarkan Mohd. Zaim Azahari, 14, dan adiknya Mohd. Azed, 8, telah menyedarkannya tentang betapa hebatnya kuasa dan kebesaran Allah.

“Kami tak mahu memikirkan mereka telah mati, bila mereka dikeluarkan, saya dan rakan-rakan tetap berikan bantuan pernafasan dan akhirnya kami akur, nadi mereka sudah terhenti.

“Namun, selang beberapa ketika, kami dapat mencium bau wangi yang semerbak daripada mayat kedua-dua beradik yang merupakan pelajar tahfiz. Kami saling berpandangan dan akhirnya semua bercucuran air mata,” ujarnya.

Rizan juga belajar erti ketabahan daripada waris-waris mangsa. Katanya, keluarga yang terpalit dengan peristiwa hitam itu sedikit pun tidak melenting. Sebaliknya, pasrah dan gema bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dibacakan sememangnya sangat menginsafkan.

1 comment:

attyfir said...

sedih sangat dengan peristiwa ni kan..semoga semua yg terbabit tabah..