Sponsor

Tuesday, December 13, 2005

Hai!

Lama giler tak update blog. Nih pun sebab aku dah mati kutu. Nak membaca kepala rasa berat so baik aku menaip. Teruk plak selesema kali nih. Patut la Hana merengek..mesti dia pon rs tak selesa yg teramat sgt.

1st week lepas pi kenduri kawen kak lina. Pengantin pki baju kaler hijau pucuk pisang. Majlisnya sederhana jer. Pastu minggu lepas pi Jasin. Pengantin pakai baju kaler biru firus. Majlisnya agak meriah maybe sebab pengantin buat satu majlis jer kot. Gabung majlis lelaki n pompuan. Al-maklumlah diorg satu kampung. Minggu ni insya Allah balik Kedah plak...adoiii penat jugak jln2 nih.

Masa kat Jasin satu pemandangan yg x pernah aku tgk kat mana2 majlis2 kawen nih ialah org jual tapai ubi. Ala..maca klu kat tmpt aku tu slalu klu ada kenduri kawen kompem ada org jual ais krim nih tak...penjual ais krim tu bertukar menjual tapai ubi. Pelik kan??? tp menarik. Yo lah asi krim slalunya budak2 suka tapai nih plak aku rasa pelbagai lapisan masyarakat yg suka tp tak semua org la...klu mcm ais krim tu kompem semua budak2 suka.

Pastu dlm minggu ni plak aku sefamily sokmo berkampung kat Residence Hotel sebabnya mak aku dok menginap kat sana. Dia ada function ngan Felda. Smlm. Pengurus Felda Besout 1 minta kitaorg tunjukkan kedai char kueh teow yg sedap. So pusing2 dlm Bangi la plak pastu dia ajak hubby ikut balik hotel balik coz nak sembang psl peluang business kat sini. Dia dok bagi idea kat aku suruh buat business. Dia suruh aku buat research skit psl peluang2 yg bagus kat sini. Klu ok dia suruh aku minta bantuan dr felda coz felda ada peruntukan utk2 kes macam nih...hmm untung juga jd anak felda nih kan. Hmmm korang ada idea business apa yg bagus? Modal yg sederhana jer tau. Dan the most important part...pastikan jenis perniagaan tu dpt beri peluang pekerjaan pd anak2 felda yg lain...apa ya??? k lah lg sakit plak kepala aku nih...see ya! adiossssss!

No comments: