Sponsor

Friday, September 19, 2008

Tak sihat ler...

Smlm aku betul2 flat...dr tengahari lg dah rasa semacam..geng2 kat opis pun dah bising2 suruh buka puasa..seme takut tgk muka aku pucat lesi..lg seploh minit nak balik..miza dah tanya 'bleh ke nak drive'...mujur la naik satu kereta jer smlm..so drive sekerat jln jer...

Bgtau En Hubby aku x larat masak n ajak tapau kat param jer..time smpi param pun aku dah takmo kluar...tgn aku dah kebas..dah jangkit ke low blood pressure ler tu...ikutkan En Hubby dia suruh aku buka posa time tu jg..aku jer kuatkan diri..ate lg 2jam jer pun..smpi umah...baring terus...kuat skit terus mandi sebab tau panas dlm..

Google psl simptom2 migrain n ini yg aku jumpa..


Melawan Dan Mengatasi Masalah Migrain

Menurut kajin Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), migrain merupakan salah satu daripada 3 penyakit utama di dunia pada abad ini, iaitu selepas kanser dan AIDS. Setiap 100 orang 3 daripadanya menghidapi migraine. Kebanyakan statistik kebangsaan turut menunjukan bahawa terdapat lebih kurang 5 hingga 10% populasi menghidapi migrain di mana pesakit kaum wanita adalah 3 kali ganda lebih banyak daripada kaum lelaki.

Apakah itu Migrain?

Migrain merupakan sakit kepala vaskular yang paling biasa berlaku dengan kesakitan yang berlaku di sisi kepala. Simptom-simptom migrain termasuk kesakitan dan ketidak selesa an yang akan menjejaskan kerja seharian, muntah, pening, sensitif kepada cahaya dan bunyi. Serangan migrain mengambil masa sepanjang 4 jam hingga 72 jam, kadang-kala mengambil masa yang lebih lama, serangan tersebut mungkin berlaku berulang kali. Sebelum dan semasa serangan migrain juga mungkin mengakibatkan gangguan saraf dan emosi.

Siapakah yang sering diserang migrain ?

Umumnya, kebanyakan penghidap migrain merupakan wanita yang berkerjaya, semasa kedatangan haid dan mereka yang mempunyai personaliti jenis A. Tambahan pula, mereka yang mengamalkan cara hidup yang kurang sihat, mengalami tekanan hidup sepanjang hidup akan lebih mudah menghidapi masalah migrain. Jenis sakit kepala vascular ini sering menyerang mereka yang berumur 10 hingga 30 tahun. Akan tetapi, bermula daripada kanak-kanak yang baru saja bersekolah hingga mereka yang berumur 80 tahun turut mengalami migrain.

Apakah Faktor yang Menyebabkan Migrain ?

Sementara itu, mereka yang berumur 15 hingga 55 tahun mungkin pernah mengalami masalah migrain, akan tetapi 70% hingga 80% pengidap adalah mereka yang mempunyai latar belakang keluarga yang sering menghidap migrain. Apa yang menyedihkan adalah kurang daripada separuh penghidap migrain yang berjaya dikenalpasti oleh doktor. Migrain sering disalah tafsir sebagai sakit kepala sinus atau sakit kepala akibat tekanan.

Selain itu, terdapat banyak faktor lain yang akan mengakibatkan serangan migrain. Contohnya, perubahan masa tidur, pola pemakanan, ubat medikasi, cahaya yang kuat,cahaya fluoresen, TV, sesetengah makanan dan bunyi bising yang keterlaluan. Tekanan dan depresi merupakan faktor utama yang dapat dikenalpasti dan diubati.


Pencegahan Migrain

Migrain dapat menjejaskan kualiti hidup. Migrain juga membawa kepada pelbagai jenis risiko kesihatan seperti menghidap penyakit jantung dan faktor risikonya hipertensi dan hiperkolesterolemia. Seperti yang kita ketahui, diet, kualiti tidur, aktiviti dan isu psikologi adalah faktor yang mengakibatkan migrain. Dengan itu, kita harus mengamalkan cara hidup yang sihat untuk mengelakkan daripada migrain. Contohnya:


Elakkan daripada makanan tirosin seperti cheese, coklat, buah citrus, sardin, hati ayam, tomato, susu dan minuman yogurt.

Elakkan daripada daging salai masin seperti sosej, hot dog dan ham; makanan proses yang mengandungi kandungan nitrite yang tinggi dan monosodium glutamate.

Ambil makanan yang tinggi dengan zat besi, vitamin B komplex (telur) dan magnesium (legum, produk kacang, cendawan, porphyra capensi).

Elakkan bahan nikotin yang terdapat dalam rokok, alkohol dan minuman yang mengandungi kafein.

Dapatkan kualiti tidur yang baik dan lakukan senaman secukupnya.

Elakkan masa kerja yang panjang, menonton televisyen dan menggunakan computer.



Penggunaan buku diari untuk mencatatkan insiden migrain adalah amat berguna untuk ahli-ahli kesihatan untuk memahami keadaan anda. Dengan mengenalpasti factor-faktor tertentu dapat mengurangkan berlakunya migrain.


Simptom migrain ialah:-
1. mengalami sakit de sebelah bahagian kepala sahaja ( nih sama la..sakit blah kanan)
2. perut tak selesa (di sertai dgn muntah/tidak)(x muntah tp x selesa)
3. sensitif kepada bunyi bising,lampu dan bau2an (bleh tahan lg)
4. kekerapan attack (1 hingga 3 bulan berturut2)dlm bulan posa nih 2 kali dah kena tp smlm plg x larat)
Selain itu:-
a. kurang selera makan (maybe)
b. sensitif kpd cuaca panas dan sejuk
c. pucat (mmg pucat lesi)
d. keletihan yang amat sangat ( yup)
e. pening (a'ah..)
f.demam (takde demm lg)

cara mengatasi:-
1. elakkan dari melampaui rutin harian (cth: jika setiap hari biasa ambil sarapan pada jam 8 pagi, jgn sesekali break the rutin, bagitu juga dgn waktu tidur dan bgn tidur)
2. use ubat seperti Ponstan, Ibuprofen dan Aspirin
3. Jangan amalkan pengambilan kopi dan coklat berlebihan

9 comments:

atty's said...

betui le..umi..
kty bulan posa ni sokmo tak sehat..sbb selang 2 ari migrain..huhuhuh..tu yg menyepi je.
kalo makan cekelat ke kek cekelat ke..sok mmg penin le..
kalo silau pun leh penin gak..

Umi_Aliesha said...

ohhh....ingatkan umi ja..seblom nih sakit x la smpi mcm nih..mmg dah kena migrain lah nih...telan panadol cam x jln jer..

ummi umairah said...

siannya faiza.. tapi kalau selalu amalkan ponstan tak elok kan..faiza tak cukup tidur kut..

dan jgn tgk pc lelama..mesti break after 30 jam tgk pc, 2-3 minit tgk benda lain pulak.

ummi umairah said...

sori 30 jam lak...hiks 30 minitla..

Umi_Aliesha said...

ponstan tu ubat migrain ke? x pernah lg ambik ubat migrain..selalu kalo pening telan panadol jer...cuma lately nih br prasan panadol x membantu...tu agak2 sendiri kena migrain..nantilah nk pi klinik

atty's said...

mcm kty tak jalan dah ubat nie umi..mmg kena rest..atau kty amik air halia..
tp bulan posa ni mmg menguji..sokmo mai..

zi said...

ponstan tu ubat tahan sakit jer..kalau operation kan doktor suh amek tuk thn sakit atau pain killer

Umi_Aliesha said...

k ty...pernah try eno halia ke? kalo ok bleh la ambik tu

zie..ohhh ok..utk sakit kepala x pernah ambik lg..

zi said...

ahaa leh cuba amek kalau dh sakit sgt2la.. saya kalau kena gastrik t`paksa amek klu tk k leh buat pe dok merengkuk jer sakit perut..baru kena first puasa baru ni.