Sponsor

Wednesday, March 11, 2009

Majlis Aqiqah & Cukur Rambut Damia!

Tak abis lagi majlis Yat, umi N family dah beransur sebabnya pkul 3.30p.m ada majlis Aqiqah & Cukur Rambut Baby Damia plak....

Dari Subang terus ke Salak Tinggi plak...umah mertua adik Umi....

Sampai jer..adik ipo kabo...My Ibu kena dukung Damia..utk pusing keliling...
Kalo kat kg Umi, cukur rambut nih org lelaki...kat sini org pompuan yg buat....

Lps berzanzi...diorg lagukan syair berendoi...lama x dgr org bersyair nih...Damia plak..sapa yg nyanyi org tu yg dia tengok..terpusing2 kepala dia....

Lps dah setel seme pakat gunting rambut dia...Damia nih rambutnya lebat..so mmg seronok ler dpt gunting...Umi x buat pon...pass ke En Hubby...
En Haziq selalunya kalo umi riba Hana ke org lain ke dia mmg ler akan marah..tolak2 org tu...tp ngan Baby Damia dia ok plak..dia tau kot adik dia...hiks...

So selamat dah ler majlis aqiqah cucu2 My Ibu..Insya Allah thn nih...My Abah nak buat korban utk cucu2nya plak....dia mmg dah lama simpan lembu tuh..mmg hajat dia utk cucu, si kembo n menantu...

AQIQAH UNTUK ANAK


Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi.
Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Daging Aqiqah

Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar.
Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah.

Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.

Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:Maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."
(Hadis riwayat al-Hakim)

Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.Waktu AqiqahAqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh.

Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya.

Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Hakim)

4 comments:

zie said...

dah berapa bulan baby damia?patutla umairah ckp ada baby kat umah hana..

Umi_Aliesha said...

anak bulan december jg tu...br 3bln.

ct rahani said...

lebatnya rambut bb damia tuh..

Umi_Aliesha said...

ikut ibu dia...anak2 akak seme rambut nipis..hiks