Sponsor

Friday, July 23, 2010

E-mel PALSU LHDN - Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar!

Info utk semua...

Mohon kerjasama baik pihak tuan/puan untuk memanjangkan kenyataan media LHDNM seperti dilampiran yang jelas menerangkan maksudnya kepada pegawai dan staf di Organisasi tuan/puan.



Kerjasama baik pihak tuan/puan amat dihargai dan bersamalah kita membendung kegiatan penipuan terancang melalui e-mel ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menerima banyak panggilan dan pertanyaan berkenaan e-mel yang diterima oleh orang ramai daripada alamat Tax-Payment@hasil.gov.my berkaitan lebihan cukai sebanyak RM700.00 yang boleh dikembalikan kepada mereka. Di sini LHDNM ingin memaklumkan serta mengesahkan bahawa e-mel tersebut adalah PALSU dan ia BUKAN dihantar oleh LHDNM. Orang ramai yang menerima e-mel tersebut dinasihatkan untuk tidak membuka e-mel daripada alamat e-mel yang dinyatakan seperti di atas. Jika e-mel tersebut telah dibuka, mohon kerjasama untuk menghapuskannya serta tidak memberikan sebarang maklumbalas terhadap arahan yang terkandung di dalamnya.


Harap maklum bahawa setiap data dan maklumat pembayar cukai adalah dijamin selamat dalam simpanan LHDNM. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan hal ini boleh diajukan kepada Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010 atau melalui e-mel callcentre@hasil.gov.my.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh : Masrun bin Maslim
Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Tarikh : 21 Julai 2010 Nombor Telefon : 03-6203 1380 Nombor Faks : 03-6201 2434 Pusat Khidmat Pelanggan : 1-300-88-3010 www.hasil.gov.my

Perbezaan paparan laman web yang PALSU dan ASLI
Laman Web LHDNM yang PALSU (URL: http://76.65.225.149/hasil.gov.my/)

Laman WEB LHDNM yang BETUL dan SAH. (URL: http://www.hasil.gov.my/lhdnv3/index...)

Macam-macam cara org menipu sekarang nih....For more details, pls directly access to official LHDN website...

2 comments:

atty's said...

macam-macam ye umi ..

Umi_Aliesha said...

seme nak kaya dgn menipu ja...