Sponsor

Thursday, November 10, 2011

Aidil Adha..

Dah habis raya baru nak berceritakan...

Aidil adha kali nih balik Perak jer..sepatutnya turn balik Kedah...tapi disebabkan awal muharam nih ada kenduri di Kedah makanya kita balik Perak jer la...tak larat wehh kalo selang seminggu balik Kedah..tol+minyak tu dah satu hal yg plg tak larat nak dok dalam kereta di saat umi sedang begini....

Incik Haziq nama jer dah besar tp kalo naik kereta...dia sekejab jer nak dok belakang dgn kakaknyer...agak dah boring dia akan kluar ayat macam nih..."Ibu...adik kan tak boleh duduk belakang, nanti adik muntah"...sambil cebik mulut buat2 muka kesian...heiii...sabo jer....tido pun kena peluk...lotih acik nak pangku dia...

Kalo umi dok belakang...ha abis seme dok belakang..tinggal incik hubby sensorang jd pilot....sian plak dia..kang takde geng nak sembang2...walopun kekadang tuh umi tido jer lebih...muahahahahaha....

Selalu kalo balik kg nih...lepas isyak ari jumaat tuh dah gerak dah...tp kali nih maleh plak...siapkan basuh baju sekolah/kasut sekolah dulu...sabtu baru gerak..tuh pon dah t/hari..hihihihi....jalan agak lancar....yo lah lalu guthriekan....lps R&R rawang jem skit...dah cuak ler jugak..ingatkan jem smpi Perak...ropanya ada eksiden....

Masuk jer kawasan kg..mata umi meliar jer...intai buah rambuatan......kalo pokok jiran2 dah masak kompem la umah my Ibu pun dah masak kan...sekali smpi huh...baru nak kuning...x merah pun lg...tp jiran depan umah rambutan kuningnnyer dah masak...hihihihi...apa lg...suruh si kembo pi minta sikit...

Sampai2 dah cari rambutan kan....mlm raya buat rendang ayam sikit n buat daging dendeng....my ibu buat ketupat palas....nasi himpit takde kali nih n buat laksa jugak...hari rayanyer..biasalah diorg bz ngan xtvt korban....my abah balik...bw kaki lembu...so mlm tu kita makan sup kaki lembu....Incik alang plak pkul 8 malam baru smpi....sampai2 cari nasi...boleh?? dah nak mkn...tanya dia...kawan nama apa...sekali dia jawab joseph...uitttt....buat sup daging korban nih...udah menggagau kat incik gugel bleh ke bg dia makan...hasil yg umi jumpa..maklumla x pernah ada tetamu di aidil adha org bukan islam nih...

Beri Korban kepada non muslim
Soal: Bolehkah kita membahagikan daging qurban kepada jiran kafir dengan alasan memuliakan mereka sebagai jiran.

Wa'alaikumussalam
Jawab:
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan jawair dengan kadar kemampuan dan kelemahan yang ada pada kami, Insyaallah.

Telah disyariatkan bahawa mereka yang melakukan korban/udhiyah  memakan sebahagian dari daging, memberikan sebahagiannya sebagai hadiah dan juga memberinya sebagai sedekah. Firman Allah swt :-
"dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin." - [Surah al-Haj ayat 28].

Didalam sebuah hadith juga meriwayatkan bahawa daging korban ini hendaklah dimakan sedikit bersama-sama dengan kaum keluarga, disimpan dan diberikan, sebagaimana hadith riwayat Salamah ibn al-Akqwa' ra. berkata bahawa Nabi saw bersabda :-
"Kamu makan, kamu berikan kepada yang lain dan kamu simpan" - [Hadith riwayat al-Bukhaari]. Didalam hadith yang diriwayatkan oleh A'isyah ra. bahawa Nabi saw bersabda :-

"Kamu makan, kamu simpan dan kamu berikan sebagai sedekah" - [Hadith riwayat al-Muslim].

Sheikh Dr Abdullah Al-Faqih didalam komentarnya terhadap pemberian daging korban kepada orang kafir, kata beliau :

"Tidak ada masalah untuk memberi orang kafir dan diantara mereka juga termasuk orang miskin dan fakir, kaum keluarga, jiran atau mana-mana komposisinya, kerana nabi saw bersabda didalam sebuah hadith yang dipersetujui oleh semua (al-Mutafaq) yang diriwayatkan oleh Asmaa' bt Abu Bakar Al-Sidiq ra : "Anda kekalkan hubungan yang baik dengan ibu anda", telah maklum bahawa ibu Asmaa' adalah seorang kafir Quraish yang tidak beriman." [sumber : http://www.islamweb.net/php/php_arabic/ ... on=FatwaId ]

Fatwa ini menunjukkan bahawa seorang ibu yang masih kafir boleh menerima korban si-anak atas dasar berlaku baik kepada kedua ibu-bapa, begitulah juga dengan jiran dan kaum keluarga yang masih tidak beriman.

Islam membenarkan daging korban diberikan kepada orang kafir asalkan mereka tidak terlibat memerangi dan menzalimi orang-orang Islam. Termasuklah jiran-jiran kita yang kafir yang kita kenali dan bergaul dengan mereka, sudah tentu mereka tidak terlibat memerangi kita. Disini kami memetik fatwa bekas Mufti Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin yang berkata :-
"Adalah dibolehkan untuk memberi orang kafir daging korban atas nama sedekah selama mana orang kafir ini bukan dari kalangan mereka yang membunuh orang Islam. Jika mereka adalah salah seorang yang membunuh orang Islam maka tidak boleh diberikan mereka apa-apa, sebagaimana firman Allah swt :-

'Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.' [Surah : al-Mumtahanah 8-9]". - [Fataawa al-Shiekh Ibn Utsaimin, 2/663].

Kesimpulan yang boleh kita ambil ialah, dibenarkan memberi daging korban kepada orang kafir, samada mereka itu jiran, kaum keluarga kita, orang miskin dsb, selama-mana mereka tidak berperang menentang orang Islam. WA.

wassalam.

Sumber:
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=98&t=24274

Sebenarnya ada jer menu lain...ikan merah masak stim, rendang ayam, daging dendeng, telur dadar..

Pkul 10...incik alang balik...dia x cuti...gigih balik jg ke kg walopun dua jam jer dok kat rumah.....

Kami takde pi mana2 pun..selalu smpi jugak ke Trolak kan...tp kali nih kami ke Gopeng...umi nak cari Mak Ngah Som...huhuhu...dolu2 lps STPM umi pernah keroje kat Ipoh..keroje as litigation clerk kat Asia Life Building tuh hah...so time tu umi dok ngan Mak Ngah...nih dah beranak pinak baru nak cari dia balik kan...bukan takmo cari tapi umi tau dia dah jarang balik Gopeng...gilir2 dok umah anaknyer...raya baru ada...tapi bukan rezeki umi kot...dia tak balik raya kali nih....n umi plak takde no henpon dia....

Makanya bersiar2 lah kami di bandar super model itu....restoren tasik raban pun tutup lagi ha.....mujur Greentown Mall buka kan..kalo tak kebulur kami seme nih....herm sedap jugak western food kat food court dia...gravynya secukup rasa...

Selasa petang baru balik umah...malasnya nak keroje....weekend nih kami ke Melaka plak...ada kenduri kawen sepupu umi...dah bersusun date kenduri ujung tahun nih...bak kata ustaz umi..musim mengawan dah sampai...hihihihihi

No comments: