Sponsor

Thursday, October 27, 2005

Dukacita part 1

Ada dua benda yg nak aku coretkan hari ni
1) Kembalinya Arwah Hizhar a.k.a A'ar ke Rahmatullah~Al-Fatihah~

25hb Oktober 2005
4.45p.m - aku terima panggilan telepon dari Mak Njang. No yg tertera no di kampung. Dalam tangisannya aku dimaklumkan A'ar sedang tenat dan Mak Njang mohon aku pergi ziarah. Kebetulan mmg aku nak pergi hari ni cuma skrg tgh hujan lebat so Abg maybe akan sampai lewat skit.

5.45p.m - aku sampai di hospital. Tekan button intercom dan inform utk melawat Hizhar. Nurse yg menjawab cepat jer buka pintu utama. Bila masuk ke bilik ICU Ketua Nurse panggil aku dan minta aku duduk dahulu. Dia tanya adakah aku nih adik Hizhar. Aku kata aku sepupunya. Nurse terus kata Minta maaf, kami x dpat selamatkan Hizhar. Kami dah declare dia tiada masa pukul 5.15p.m tadi. Arwah sakit tiba2. Dia start batuk teruk ms jam 1.00p.m dan tenat antara jam 3.30p.m-4.30p.m. Ada infection tapi badan dia dah reject semua ubat yg kami cuba masukkan.

Innalillahhiwainnailaihirojiun.Itu saja kalimah yg mampu aku luahkan. Selepas bertenang sikit baru aku tanya, family dia dah tahu ke pasal nih? Ketua Nurse geleng kepala. Ya Allah mcm mana aku nk sampaikan berita ini..Apa ayat yg harus aku nyatakan, mampukah aku menyampaikan berita ni. Terngiang2 esak tangis Mak Njang ptg td. Dan kenangan bersama arwah juga berputar2 di minda aku satu persatu. Gelak tawanya, ceritanya, sikapnya yg mengambil berat tatkala Nyah di timpa musibah, sikap kelolohnyer dan keramahannya. Akhirnya aku buat keputusan utk maklumkan pada ibu dahulu. Itu pun dengan suara ku yg tersekat dan esak tangis yg memenuhi ruang legar ICU. Aku dok tanya mcm mana nak bagitau Mak Njang. Lastly aku amanahkan Ibu utk khabarkan berita ini. Kemudian aku dail plak number phone Nyah. Nyah agak terkejut then dia berjanji utk meyampaikan berita ni pada Niza. Satu2nya waris terdekat arwah di sini. Lps tu satu persatu sedara mara aku maklumkan perihal nih. Bila semuanya dah selesai baru aku pergi ziarah Arwah. awal2 td Nurse tak benarkan coz mereka sedang cuci dan cabut segala wayar di tubuh arwah.

Bila masuk ke bilik no.11 sayu jer rasanya. Aku lihat Arwah mcm sedang tidur. Kami sedekahkan Al-Fatihah dan bacaan Yaasin. Ms sedang baca Yaasin Pak Haji (Kwn Pak Njang) sampai. Dia kelihatan agak terkejut. Mungkin x sangka Arwah dah tiada. Yang tinggal cuma jasad tanpa nyawa. Aku pun memberi ruang pada Pak Haji sekeluarga. Masa tunggu di ruang legar. Akak cleaner Indon tegur aku. Nih sedara Hizhar kan. Slalu saya nampak kamu. Arwahnya pagi tadi sihat. Elok2 saja. Nurse tanya soalan semua dia bagi tindak balas. Tiba2 saja dia batuk teruk. Habis penuh darah dlm bilik tu. Kat lantai kat katil mmg banyak sangat. Ibunya baru saja balik kampung kan? Kesian sama Ibunya sebulan dok jaga tiba2 ms dia takde anaknya meninggal. Hmm bertambah sayu hati aku. Dia meninggal tanpa sesiapa disisinya. tentu Mak Njang ralat teramat sgt coz ahad lepas dia balik kg dlm keadaan arwah yg stabil dan tiba2 jer semua nih terjadi.

6.15p.m - Niza sampai. Lemah longlai jer langkahnya. Bila pintu utama terbuka terus dia meluru memeluk aku dan hamburkan segala kesedihan dia dlm pelukan aku. Ya Allah! aku pon semangat tak kuat. Akhirnya kami menangis sama2. Aku ralat sgt coz hampir 2 minggu aku x dtg ziarah. Sejak arwah kena tebuk leher mmg aku x berkesempatan nak dtg. Tak sangka hari ni aku lawat arwah yg sudah x bernyawa. Bila Niza dah masuk dlm sampai pula sekumpulan rakan sekerja arwah. Aku kira mereka sudah maklum psl arwah rupanya mereka tak tahu. Tergamam aku bila seorg dr kwn arwah meluru keluar ke ruang legar dah menjerit pd kawan yg lain "Hizhar dah takde". Mereka pulak menangis bersama.

7.00p.m - aku dan semua pergi berbuka ala kadar. Masih menunggu surat pengesahan kematian dari doktor.

7.45p.m - aku minta diri utk ambil Hana. Kami balik rumah sekejab. Tukar baju Hana (baju tgn pjg) solat maghrib dan mandi.

8.40p.m - Pergi hospital balik. Jenazah dah di letakkan di rumah mayat. hujan plak masih lebat. Masa nih baru aku tau Pak Haji dah uruskan perihal pengurusan jenazah dan pengangkutan. Semuanya RM1500. Kebetulan Pak Teh tepon. Pak Teh kata minta cancel urusan pengangkutan coz Pak Uda dah dapatkan van jenazah MAS. Hubby aku x setuju coz benda nih dh settle tp Pak Teh plak berkeras suruh aku cancelkan. Last2 aku cakap jg ngan Pak Haji. Pak Haji pun mcm x berapa setuju tp bila org yg menguruskan tu sampai Pak Haji sampaikan perihal nih dan alhamdulillah org tu setuju cuma kami tetap kena charge sedikit sebab mereka dah isi minyak.

9.30p.m - Pak Uda, Pak Teh, Jang dan Jan sampai dengan van jenazah MAS. Mereka akan iringi Arwah. Alhamdulillah. Pak Uda yg drive. Ms nih kawan2 Arwah ramai yg datang. Rasanya lebih dr 50 org. Teringat plak kata-kata abah ; Kita manusia ni diraikan dalam 3 perkara. Pertama disaat kelahiran kita, kedua di saat kita membina masjid(kahwin) dan ketiga disaat kita kembali menemuiNya. Alhamdulillah solat jenazah pun 3 saf.

11.00p.m - Semua urusan jenazah dah selesai. Aku nampak Nyah bersungguh mengusung jenazah, membetulkan keadaan arwah di dalam usungan dan menutup usungan dengan kain khas. Pak Uda Drive. Co-pilot Pak Teh. Duduk di belakang Jan dan Niza. Jang tumpang sedara blah Mak Njang. Lps van beredar kami semua pula beredar. Pak Haji minta Abg tunjukkan jalan utk ke Kajang. Sampai di Sg Ramal baru aku ngan Hubby makan. Tapi aku x berselera. Hana plak dah tertidur.

12.30a.m - Baru sampai rumah. Nyah dah tercegat depan pintu. Dia tak bawak kunci rumah aku. Dia tak ikut aku tadi coz pi minum2 ngan kawan2. Mlm tu kami berempat (Aku, Hubby, Nyah dan Alang) masing2 x bleh tido. Maybe masih teringat Arwah dan keletihan.

4.50a.m - Sahur. Hubby plak dah tak lalu nak makan. LPs solat subuh baru masing2 nak tido.

5.45a.m - dpt sms dari Ibu. Ibu kata jenazah dah sampai kg. Pkul 3.50a.m tadi. alhamdulillah dan Arwah selamat dikebumikan jam 10.30a.m 26hb October 2005.

Note :-

Buat Adikku, Nyah; semoga tabah! Ini sahabat akrabnya yg kedua meninggal dunia. Masih terbayang betapa sugulnya dia tatkala kematian Arwah Farhan. Allah lebih menyayangi mereka. Semoga Nyah terus tabah. Al- Fatihah!

No comments: