Sponsor

Monday, November 28, 2005

Food Poisoning!

Hari ni aku rasa betul2 flat...x de tenaga langsung. Penat seluruh badan. Lenguh2 dan nak demam. Rasanya sebab dari hari khamis mlm jumaat sampai la mlm td aku tido x menentu kot. Hana masih diarea dan muntah2. Asalnya khamis lps ms ambil kat nursery Dayah kata hari tu Hana asyik muntah2. Then bila bawak balik rumah dlm masa 3 jam dia muntah sampai 5 kali so tak bleh tunggu dah lps berbuka aku terua ajak hubby pi Klinik Family. Kebetulan hubby pun nak pi follow up sakit mata dia. Kali nih dpt doktor yg x best..1st time dpt doktor yg x best langsung nih. Nak check suhu badan Hana pun terkial2 pastu check tekanan darah hubby pun bleh silap. aku tanya dia agak2 Hana kena apa? Dia bleh kata dia mana tau. Hampehs tul dah aku tanya agak2 tentu la bleh identify thru simptom2 yg ada. Cuma dia pesan klu lps bagi ubat Hana still vomit dia suruh pi terus hospital utk masuk air.

Mlm tu Hana diarea lah plak. Sepjg mlm tu lima kali aku bgn. Bersihkan dia, bersihkan tmpt tido...masa nih nak menangis pun ada coz byk sgt yg kluar. Aku x sampai hati nak bagi Hana kena cucuk jarum utk masuk air tp klu dh takde pilihan terpaksa juga la. Esok pagi Hana demam la plak. Masih ada diarea tp takde muntah. Ms pi klinik Dr Huda, baru Hana muntah. Hampir nak kena patient yg lain. Aku rasa kena tp skit jer. Bila jumpa Doktor Azlin dia kata Hana ada simptom2 Food Poisoning...hmm baru lega sebab dah tau apa puncanya. Mmg doktor semlm hampehs...ngan Dr Azlin sekejab jer dia dah tau apa yg berlaku. Dr Azlin kata klu x de perubahan aku x de pilihan kena admit jg.

Alhamdulillah dpt MC so lega la skit. Mula2 diarea tu x de perubahan tp vomit mmg dah x de ptg skit baru nampak kesan ubat dan mlm tu Hana dah mula aktif balik. But time tgh mlm tiba2 jer temparature badan dia naik balik. Hubby dah kalut nak bawak ke hospital tp masing2 risau coz panas tgh kuat mcm2 bleh jadi..Mlm tu dari pkul 2 a.m sampai pkul 5a.m mmg aku x tido...Hana merengek sepjg mlm dan dia pun x bleh tido. Dlm hati dah yakin esok kompem pi ambil refer letter utk admit. Ibu ngan Abah kat kg pun dah tak bleh dok diam. Lain kan penangan cucu sulung nih. Esok tu ms tgh bersiap nak ke klinik aku pi dapur sat time nih Hana nangis semahu2nyer mmg risau tp yg oknyer dia dah mula pecah penuh. alhamdulillah suhu badan dia dah ok. Pkul 3p.m Ibu sampai. Sronok la Hana a.k.a Umairah jumpa Wan ngan Mak Tok dia. Ptg dia ok, mlm pun ok. Ptg tu hubby pi KLIA bawak mertua, ipar ngan semua anak buah so aku tinggal kat umah ngan Ibu dan Abah. Kitaorg dh slalu ke situ. Adik2 jer pi coz Nyah kena drive, Alang plak jaga si twin yg beriya nak main2 kat sana. Mlm plak Hana tido ngan Mak Tok. Seronok tgk dia dok peluk Mak Tok.

Esoknyer Hubby ajak pi Zoo. Hana ok skit. Ibu ngan Abah x dpt join coz ada kenduri kat Besout. Ibu nasihat mcm2 yo lah Hana baru nak ok. Pastu nak pi Zoo plak. Aku naik kereta ngan Nyah. Baru sampai kat Serdang Hana vomit plak...alamak..klu ikut hati mmg malas nak ikut tp x best la plak. So sepjg kat zoo tu mmg Hana dok dlm stroller. Sesekali bagi gak kat Ikmal tp dia takmo dok dendiam. Hana diam jer. Bila nampak bintang baru mulut dia pot pet pot pet. Balik dr zoo pi Tmn botani plak. Lps tu Aku pi beli brg skit kat alamanda. Time nih Hana vomit lg...hmmm kesiannya kat anak dara aku nih. Mlm tu mmg dia x lalu mkn. Jenuh aku paksa. Beli bubur McD. Tp dia cuma mkn dlm 3 suap jer.. Tu pon lps mkn diarea balik. Mlm dua kali dia membuang. Pg nih antar ke nursery. Minmta2 dia lalu makan dan ok mcm biasa.

Sepjg aku MC dan weekend tu Dayah ada la beberapa kali sms. Dia risau klu Hana jd mcm nih sebab dia bagi jatuh dr meja time posa dulu. Apa2 pun nak kena urut jg Hana nih. Balik ari tu x sempat. Hari ni Ikmal plak jadi mcm Hana. Maybe ptg nih hubby nak bawak dia ngan mertua aku pi klinik Dr Huda.

Hmmm...penat la plak sib baik td dah telan 2 bijik panadol yg aku minta dr Ayin. Thanks Ayin! Ko mmg penyelamat keadaan. Klu x telan ubat td rsnya aku dok berlingkar lg kat bilik ujung tu.Hmm Esok ada training la plak. Kat Pearl International Hotel. Kat mana?? hmm aku pun x tau. Harap pakcik driver taxi jer la...adiossss!

No comments: