Sponsor

Friday, November 18, 2005

Musim Mengawan Sudah Tiba!

Bila dah selamat umat islam menyambut Aidil Fitri la nih tiba plak musim umat islam membina masjid..alhamdulillah..Mmg penuh jadual aku sefamily. By next week 27hb Nov majlis perkahwinan Kak Lina. Yang ni harus aku tak pegi coz nun di Kedah sana. Pastu 3hb Dis plak majlis perkahwinan member sekolah Idrisiah aku, Mahfuzah di Bdr Tun Razak. Yang nih 50:50 tp smlm Atuk ada call dia kata klu nak pi dia bleh tunggu kat mana2 utk kitaorg berkonvoi...Hmm nih rasanya kena pakat ngan Sofia kot...

Pastu 4hb Dis plak, sebagai ganti x dpt dtg ke Kedah Insya Allah aku pi majlis walimah di sebelah pihak lelaki kat Seksyen 4, Bdr Baru Bangi. Pastu 11Dis plak majlis walimah sahabat Hubby kat Jasin. Yang ni rasanya harus pegi kot coz time aku kawen dulu diorg sampai sesat2 kat Kedah sana nun. 17&18hb jer weekend yg x de majlis kenduri. Berikutnya 24 Dis, kali ni sepupu aku plak yg kawen so akan ke Matang Gerdu la kitaorg...musti korang x tau Matang Gerdu kat mana kan? Itu kat kawasan blah2 Taiping sana. Nih bleh jadi wajib pegi coz raya ari tu tak sempat nak pi ke umah Pak Ndak.

Tu baru majlis walimah blom lagi rombongan cuti2 sekolah nih...Insya Allah hujung bulan nih rombongan dari Kedah akan sampai...diorg nak melawat sekitar2 Kl/Selangor/Putrajaya...hmm termenung jg la aku ngan Hubby coz dok fikir nak bawak diorg ni pi mana. KItaorg ni bukannya kaki jalan so tak tau sana tmpt2 yg menarik..pastu rombongan Cik Timah dari Perak plak...yg nih x pasti lg, klu diorg x dpt dtg sini maybe acara cuti2 sekolah akan berlangsung kat Bukit Merah Lake Town/Night Safari Zoo Taiping jer lah. Al-maklumlah Puan Patimah tu bz banget. Ada jer event yg dia nak kena pegi...

Pastu psl open house plak...hujung minggu ni banyak invitation open house tp semua mcm tak bleh pergi. Nih gara2 hubby kena keje ai sabtu dan ptg tu maybe kena balik Seremban..tak abis raya lagi nih. Itu jer lah omelan aku di pg2 jumaat nih sementara pak cik blom sampai..adiossss!

No comments: