Sponsor

Friday, November 28, 2008

Free BPA erk?

Kalau anda teliti pada botol air mineral yang dibeli atau barang-barang plastik yang lain, mungkin anda pernah terlihat atau terperasan atau lihat, perasan tapi tak tahu makna simbol ini.

Simbol ini biasanya bernombor1-7. Ia adalah sejenis kod yang digunakan oleh pengilang-pengilang untuk mengklasifikasikan jenis plastik yang boleh dikitar semula mengikut polimer.

Jika ingin minum air daripada botol plastik atau menjadikan botol plastik sebagai bekas simpanan air, paling selamat adalah menggunakan botol yang bertanda 2 atau 4. 1 dan 5 pun masih dikira selamat. Tetapi elakkan botol yang berlabel 3,6 dan 7.

KEBANYAKAN (bukan semua) botol yang berlabel 7 diperbuat daripada polycarbonate yang mengandungi bisphenol A (BPA). Menurut kajian (sejak tahun 1930), BPA ni boleh bertindak seperti hormon estrogen dan memberi kesan yang buruk kepada pengguna seperti hyperaktif, ketidaksuburan, gangguan kepada perkembangan organ seksual dan kanser.

Sekalipun Harvard Center for Risk Analysis membuat kenyataan bahawa dos BPA dalam badan manusia biasanya terlalu rendah, tetapi seharusnya kita berada di tahap berjaga-jaga kerana yang sedikit itu tidak dapat diramal kesannya.

Sehingga kini, syarikat-syarikat besar pengeluar botol susu kanak-kanak telah memansuhkan penggunaan BPA dalam produk mereka. Malah kerajaan Kanada juga baru-baru ini telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengharamkan penggunaan BPA untuk botol susu kanak-kanak.

Walau bagaimanapun negara-negara Kesatuan Eropah dan Jepun pula berpendapat bahawa polycarbonate tidak berbahaya dan tidak berisiko tinggi terhadap manusia. Setakat ini kajian hanya berjaya dibuktikan melalui eksperimen ke atas haiwan.



Botol susu pun kena tengok...


Selain botol mineral dan botol susu, BPA juga boleh ditemui pada makanan dalam tin. Dianggarkan bahawa 80% makanan dalam tin menggunakan BPA sebagai bahan asas tin.

2 jenis makanan yang paling berisiko ialah :
1. Makanan yang mengandungi banyak lemak : santan, salmon, tuna in oil, sup berkrim
(Err, rasanya kat sini banyak guna produk-produk macam ni sebab tahan lama dan mudah).
2. Makanan berasid seperti tomato puri dan makanan yang mengandungi jus yang dipek dalam tin; koktel, buah-buahan dalam tin.


Siapa penggemar sardin, berhati-hati ye.


Untuk itu, mari lihat dulu pada label dan tin sewaktu membeli-belah. Lebih selamat jika makanan dalam tin kita tu dilabelkan dengan 'free BPA'.

Selain itu,

Elakkan memanaskan makanan dalam mikrowave menggunakan 'tupperware' plastik.
Jangan isi botol air yang diperbuat daripada polycarbonate dengan air panas.
Elakkan menuang terus air panas ke dalam botol susu anak-anak jika botol tersebut diperbuat daripada BPA.
Walaupun belum dibuktikan dengan jelas kesan BPA ke atas manusia, tetapi mulalah mengambil langkah berjaga-jaga. Haih, tak ada tempat dalam dunia yang tidak bebas daripada bahan kimia. Kitalah yang harus lebih hemat.


Sumber :
How Healthy is Your Water Bottle
http://realage.typepad.com/youdocsdaily/2008/06/how-healthy-is.html

Wikipedia : Bisphenol A
http://en.wikipedia.org/wiki/Bisphenol_A


Mujur skrg botol pureen pun dah ada Free from BPA nih

Image Hosted by FileHive.com

5 comments:

attyfir said...

susah tol skrg..semua nak kena jaga2 ye umi..

Neeza.Areef said...

good info..tp particular lak kang nk belek botol ek

ct rahani said...

thanks k.umi sbb share.. skrg zaman dh moden so sumer benda pun moden.. hehehe.. tp kne jaga2 gak kan..

Umi_Aliesha said...

a'ah penyakit pun dah moden skrg tuh kena alert...lega jg yg brand biasa2 pun dah ada free bpa..

Sitie BUm BUm said...

oo..br ct tahu